Dalam keghairahan PAS Selangor dok sedap membalun UMNO dan menuduh Barisan Nasional mempolitikkan isu Hukum Hudud, apa kata diorang jelaskan pasal isu ni dulu.
Mungkin pemimpin PAS Selangor seperti Salleh Mukhyi dan Iskandar Samad boleh beri kita sedikit pencerahan. Kalau tidak pun, Si Khalid Samad tu sendiri.
Atau, mungkin blogger - blogger Pro PAS seperti Si Kedahlanie dan Kelab Greenboc boleh bagi penerangan terhadap tuduhan yang dibuat oleh DAPigs sebelum ini.
Kenyataan ini dikeluarkan oleh Si Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh apabila ditanya mengenai perlaksanaan Hudud yang dicadangkan oleh PAS.
Si Teresa Kok tu mendakwa, PAS hanya mempergunakan Hudud sebagai umpan untuk menarik sokongan orang Melayu kepada parti tersebut.
Kenyataan itu dibuat sebaik sahaja wakil PAS bertemu dengan pemimpin DAPigs bagi menjelaskan isu berkaitan dengan pembentangan Hukum tersebut sebelum ini.
Sekiranya kenyataan yang dibuat oleh Si Teresa Kok itu tidak benar, kenapa sehingga hari ini PAS masih belum ambik sebarang tindakan terhadapnya?
Bukankah sudah jelas bahawa Si Teresa Kok tu cuba nak memfitnah PAS dengan mendakwa bahawa mereka hanya sekadar menjadikan isu Hudud sebagai agenda Politik?
Nah!!! Sebelum nak tuduh orang lain mempolitikkan isu berkaitan dengan soal Hudud, PAS sewajarnya mencermin diri mereka terlebih dahulu. Jangan setakat pandai bercakap je tak tentu arah. Penyudahnya, diri sendiri jugak yang dapat malu!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.