Heh! Nampak gayanya isu perbezaan pendapat diantara Pakatan Haramjadah ni semakin hari semakin buruk bila masing - masing mula tak sehaluan.
Kalau sebelum ini, isu berkaitan dengan perlaksanaan Hukum Hudud menjadi satu isu besar yang menjadi jurang perbezaan dalam pendirian mereka.
Sampai tahap ada pemimpin dikalangan DAPigs menuduh kononnya tindakan PAS yang tetap berdegil mahu melaksanakan Hudud menjadi sebab mereka kalah di Teluk Intan.
Sekarang isu berkaitan dengan status Negara pula menjadi bahan pertikaian diantara pemimpin PAS dan DAPigs apabila Polemik itu muncul di sidang Parlimen.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan bahawa Malaysia bukan sebuah Negara Sekular seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Wakil DAPigs menganggap kenyataan tersebut sebagai satu tindakan yang tidak wajar serta mahu beliau dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
“Kenyataan ini salah dan mengelirukan Dewan. Semasa pembentukan Malaysia, difahamkan Singapura, Sarawak dan Sabah tidak datang daripada latar belakang sultan Melayu beragama Islam."
Namun, siapa sangka pendirian DAPigs itu disangkal oleh wakil dari kalangan PAS yang sebelum ini dilihat agak Liberal dalam memperjuangkan isu agama.
Kata Ahli Parlimen PAS Parit Buntar, Malaysia tetap sebuah Negara Islam dan ianya termaktub dalam Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan.
“Malaysia tidak boleh dianggap sekular totok tetapi sekular ringkas, kerana jika Perlembagaan sekular, maka ia tidak langsung menyentuh kedudukan agama.
“Sedangkan Perkara 3 menyebut dengan jelas: Islam agama rasmi Persekutuan. Kuasa agama di negeri juga dijamin dalam Jadual ke-9,” katanya.
Dalam erti kata lainnya, PAS tetap dengan pendirian bahawa Malaysia merupakan sebuah Negara Islam dan menolak pandangan yang dinyatakan oleh wakil DAPigs sebelum ini.
Bayangkan. Nak menentukan status Negara pun diorang masih lagi berbalah sesama sendiri. Macam mana diorang nak kata yang diorang mampu untuk mentadbir sebuah Negara?
Apa jadi pada Negara sekiranya seorang pergi ke kiri manakala seorang lagi ke kanan? Kalau isu penting seperti itu pun diorang tak mampu nak sehaluan, alamat jahanam la Malaysia kalau diorang ni memerintah!!! Itu pasal la diorang masih kekal sebagai Pembangkang!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.