Rabu, Jun 25, 2014


Seperti yang telah kita dedahkan sebelum ini, tindakan Si Khalid Samad ni jelas menimbulkan persoalan dikalangan penyokong - penyokong PAS sendiri. (Klik Sini)

Laman sosial pro ulama PAS, El Haraki mempertikai kenyataan Khalid Samad yang lantang bersuara mendesak pemecatan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor

Jelasnya, pendirian PAS melalui kenyataan Presiden sebelum daripada ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi bersetuju Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.
“Begitu juga dengan kenyataan rasmi PAS Selangor melalui PJ Selangor yang menafikan bahawa menolak TSKI. Oleh itu, Khalid Samad ini jadi lidah bagi siapa?,” soalnya.
Ia merujuk kenyataan Khalid Samad pada 20 Jun lalu yang mendesak Pakatan Haramjadah tu agar segera berbincang untuk mencari pengganti Khalid Ibrahim sebagai MB.

Kata Si Khalid Samad tu, PKR sendiri pun menolak kepimpinan Khalid Ibrahim. Maka itu membuktikan bahawa Si Khalid Ibrahim tu memang mempunyai masalah. (Klik Sini)

Mengulas lanjut mengenai kenyataan tersebut, El Haraki berpendapat bahawa pendirian Si Khalid Samad itu jelas telah membelakangi pendirian parti.
“Mengikut Perlembagaan PAS, hanya Presiden, Setiausaha Agung dan Ketua Penerangan yang boleh mengeluarkan kenyataan rasmi parti.

“Maka ahli dan pimpinan pula wajib mengikuti kenyataan rasmi tersebut. Dalam isu Tan Sri Khalid Ibrahim, pendirian rasmi PAS masih menyokong TSKI sebagai MB Selangor.

“Yang menyedihkan, YB Khalid Samad mengeluarkan kenyataan di dalam Sinar Harian bertarikh 20 Jun 2014 bahawa beliau bersetuju PR memilih MB lain selain TSKI. Kenyataan ini jelas bercanggah dengan pendirian rasmi parti,”katanya.
Persoalannya, masih layak lagi ke Si Khalid Samad ni nak duduk dalam PAS dan menjadi pemimpin bagi parti tersebut? Atau dia sendiri perlu diambil tindakan yang sewajarnya?

Jika dulu dia boleh buat desakan agar PAS Pusat agar memecat keahlian Hassan Ali dengan alasan 'Membelakangkan Perjuangan PAS', kenapa tidak dia dikenakan tindakan yang sama?

Sepatutnya PAS perlu bertindak tegas dan buang je Si Khalid Samad ni dari menjadi ahli parti. Buang masa je simpan orang macam dia. Bukannya mendatangkan faedah pun. Setakat pandai menyusahkan orang je kerjanya, baik tak payah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping