Rabu, Jun 25, 2014


'Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih'. Itu peribahasa yang sesuai untuk digambarkan mengenai kekecohan yang berlaku dalam pemilihan minggu lepas.

Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam berkata PKR sebelum ini sibuk mencanang keburukan Umno Barisan Nasional (BN) sebagai parti samseng.

Tapi hakikatnya dalam pemilihan PKR kali ini, mereka memperlihatkan wajah sebenar parti itu. Ianya tidaklah seperti mana yang dibangga - banggakan sebelum ini.
"Nampaknya macam mereka bergaduh sesama sendiri, ada pengundi hantu, kacau proses pemilihan itu sebab tak ada siapa yang berkuasa di situ dan mereka tidak saling menghormati sesama mereka.
"Sebab dia orang suka mengata orang dengan mengatakan orang jahat dan itu semua kini pulang balik pada diri mereka," katanya ketika dihubungi Antarapos. 
Malah, penganalisis politik itu  menyifatkan kekecohan tersebut jelas menunjukkan satu keadaan yang memang tidak teratur, tidak tertib dan tidak bertamadun.

Seperti yang didedahkan sebelum ini, Pemilihan PKR hujung minggu lalu mencetuskan beberapa kekecohan hingga ada yang menyebabkan pergaduhan.

Namun, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) parti itu tetap mendabik dada apabila mengatakan jawatankuasa itu berjaya mengawal keadaan.

Malah Si Joe Bedul tu kata, masalah yang dihadapi pemilihan kali ini puratanya hanya 12 peratus sahaja berikutan insiden keganasan yang berlaku di beberapa tempat.

REALITInya, kekecohan dan pergaduhan semasa proses pemilihan berlaku tidak menghairankan kerana konsep itulah yang di didik oleh Si Ketua Penipu tu selama ini.

Dia sendiri didakwa banyak pihak sebagai dalang beberapa siri himpunan bantahan terhadap isu-isu yang padanya korup serta salahguna kuasa melibatkan kerajaan Persekutuan.
"Saya rasa apa yang ditunjukkan oleh Anwar demonstrasi jalanan, bergduh dengan orang, maki hamun orang atau kita kata bertumbuk sesama sendiri ini yang jelas. 

Kita tak kata ia diwarisi tetapi gaya kepimpinan macam itulah yang diingini dalam PKR, PKR kan memang suka mengata orang, suka jeritkan orang, suka menuduh orang jadi itu gaya pemimpin dan begitu jugalah gaya ahli partinya," ujarnya.
Kesimpulannya, pemimpin PKR ni memang jenis manusia MUNAFIK yang tak boleh dipercayai. Setakat bercakap je yang diorang tau, tapi buat kerja satu hapah pun diorang tak reti. Kalau sekadar mengabihkan air liur je, baik tak payah!!! Tak mendatangkan faedah!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Tidak bertamadun . . . Yeah I like that sentence. It aptly describes the party. More of a wild party.

    BalasPadam
  2. P'Gay'R tu parti hantu jadi tak lah satu yang pelik kalu ada banyak pengundi hantu kat dalam tu....muahahahahahahaha.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping