Heh! Dah ketandusan idea dah gamaknya Si Khalid Gereja ni. Nama dia pun sejak akhir - akhir ni dah semakin tenggalam. Maka sebab itu dia nak tumpang glamour UMNO.
Mungkin niat Si Khalid Gereja ni sebenarnya nak menyindir UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional. Tapi dalam masa yang sama, dia pun nak tumpang glamour jugak.
Jika tidak, mustahil pulak dia secara tetiba boleh bersetuju dengan cadangan yang diketengahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor ni.
Ahli Parlimen Pas-Shah Alam, Khalid Abdul Samad menyokong hasrat Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar untuk berbuat demikian memandangkan perkara itu semakin membebankan rakyat akibat kenaikan kos sara hidup khususnya di bandar.
“Plaza tol yang lain pun membebankan rakyat dan menyebabkan kos harga barang naik akibat pertambahan kos pengangkutan.
“Saya sokong kalau dia hendak merayu kepada kerajaan pusat supaya ianya dimansuhkan di sepanjang Lebuhraya Persekutuan dahulu,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Cuma persoalannya, adakah dia benar -benar berniat nak membantah pembinaan Lebuh Raya Bertingkat (KIDEX) tu atau hanya sekadar nak sindir Khalid Ibrahim?
Kalau setakat dia nak mempergunakan rakyat demi kepentingan diri dia sendiri, baik tak payah nak mengabihkan masa. Tak mendatangkan faedah lansung.
Jika dilihat dari satu sudut, memang nampak macam Si Khalid Gereja ni nak sindir UMNO. Tapi dalam masa yang sama, dia cuba nak memburukkan Khalid Ibrahim.
Sehingga hari ini, Khalid Ibrahim lagi masih dilihat bertegas untuk meneruskan projek tersebut biarpun ada bantahan dari kalangan pemimpin Pakatan sendiri.
Jadinya, usaha Si Khalid Gereja ni juga boleh dilihat sebagai salah satu langkah untuk terus memburukkan kepimpinan Khalid Ibrahim di Selangor.
Makanya, tak perlu la Si Khalid Gereja tu nak bersembunyi disebalik rakyat seandainya dia memang ada niat nak menyindir Khalid Ibrahim. Kalau setakat jadi pemimpin BACUL yang tahu main sorok - sorok, baik tak payah jadi pemimpin la!!! Buat mengabihkan masa je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.