Heh!!! Jangan salah anggap pulak. Ini cerita bukan pasal Ahli Parlimen dengan 'Ayam' yang ada kat belakang Chow Kit tu. Tapi cerita pasal Ayam yang orang jual kat pasar.
Kan SH dah kata. Si Mahfuz Bean ni memang tak de benda lain yang dia boleh fikir selain dari perut dia sendiri je. Asyik - asyik makan tu jugak yang jadi keutamaan dia.
Apa yang selalu bermain dalam kepala otak dia, hanya pasal makan. Awal pagi mungkin dia dah terfikir, dia nak makan sapa hari ni? Maka siap la dia cari mangsa dia.
Mungkin lewat petang sikit bila dia dah dapat makan orang, dia pikir nak makan kat mana pulak. Bila dah malam, baru la dia pikir dia nak makan apa untuk malam tu.
Jadi, sebab itulah dalam kepala dia asyik ligat pikir pasal makan je. Kali ini pun tak terkecuali. Kali ini dia sibuk cerita pasal ayam pulak kat dalam sidang Parlimen.
Sibuk dia nak suruh Kerajaan tetapkan harga syiling bagi harga pasaran ayam sebelum menjelang Hari Raya. Kata dia, ianya boleh mengelakkan manipulasi harga oleh peniaga.
"Jika hanya tetapkan harga siling ayam contohnya seminggu sahaja sebelumHari Raya Aidilfitri, ketika itu sudah terlewat kerana secara tidak sengaja harga siling ditetapkan pada paras yang telah tinggi", katanya.
Dari satu sudut, memang betul la cadangan yang dia berikan tu. Tapi tinggal lagi, pemantauan terhadap pembekal dan peniaga tu yang perlu diambil perhatian.
Jangan pulak dia terlepas pandang pada pembekal ayam tu. Diorang ni yang kadang - kadangnya suka mencekik darah. Bila tiba hari perayaan ni diorang ambik peluang.
Maka kenapa tidak Si Mahfuz Bean tu keluarkan arahan kepada semua jentera PAS terutama sekali bagi Unit Anal yang suka jaga tepi kain orang tu buat kerja sikit.
Suruh diorang turun dan pantau peniaga serta pembekal yang menaikkan harga ayam tu sebelum musim perayaan tiba tak lama lagi. Jangan dia setakat tau nak suruh orang je buat kerja. Kalau setakat pandai bercakap je, baik tak payah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.