Selasa, Jun 17, 2014


Heh! Nampak sangat RETORIKnya puak - puak Parti Angguk Saja ni. Setakat cakap je macam bagus, tapi buat kerja semuanya hamPAS belaka.

Kalau kat atas pentas ceramah, bercerita pasal orang lain bukan main lagi diorang. Sampai tahap sanggup mengkafirkan orang Islam sesama sendiri.

Bila orang lain tolak perlaksanaan Hudud, diorang boleh labelkan orang tu sebagai JAHIL dan KAFIR. Tapi hakikatnya, diorang sendiri pun tak yakin dengan Hudud.

Kata Pesuruhjaya PAS Selangor, diorang terpaksa tunggu PAS Kelantan laksanakan dulu Hukum Hudud tu supaya dapat dilihat oleh rakyat secara umum.
"Kita mahu rakyat melihat keberkesanan pelaksanaan Syariah di Kelantan terlebih dahulu. Terlampau banyak salah faham tentang pelaksanaan Syariah.

"Bagi hukum Hudud atau dengan lebih tepat lagi Kanun Jenayah Syariah, perancangannya adalah ia dilaksanakan di Kelantan dahulu. Lebih 20 tahun sejak Kelantan meluluskan enakmen dan melaksanakan penerangan. Mereka telah bersedia.


"Diharapkan dgn pelaksanaan Syariah di Kelantan akan dapat mengubah persepsi rakyat terhadap hukum Islam," ujarnya menerusi aplikasi 'WhatApp' kepada Antarapos.
Sekiranya PAS yakin dengan Hudud, kenapa pulak diorang perlu menunggu hasil keberkesanan perlaksanaan Hukum tersebut di Kelantan terlebih dahulu?

Kenapa diorang tak cadangkan terus agar perkara itu dilaksanakan dikawasan dimana mereka memerintah pada ketika ini? Kan nampak sangat RETORIKnya diorang ni.

Sekadar menjadikan alasan kononnya rakyat sendiri tak faham dan tak dapat melihat keberkesanan perlaksanaan Hukum tersebut adalah sesuatu yang memualkan.

Jika mereka benar - benar yakin dengan Hukum Islam tu, diorang tak payah nak tunggu tempat lain buat dulu. Diorang tak perlu nak tunggu Kelantan laksanakan Hukum tu.

Sebaliknya, diorang perlu ambik inisiatif sendiri yang dilihat lebih Pro Aktif dalam mencadangkan perkara tersebut dibuat. Kalau setakat pandai bagi alasan tak tentu arah, baik tak payah banyak cakap. Buang masa je sebenarnya!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping