Khamis, Jun 19, 2014


Pembuat dasar menyifatkan kenyataan 'celaka' yang dikeluarkan R.S.N Rayer adalah tidak sesuai tetapi tidak semestinya menghasut.

"Terus-terang saya katakan, kenyataannya tidak menghasut tetapi ia menimbulkan rasa meluat. Perkataan celaka amat menyinggung perasaan orang Melayu. 

Sudah jelas dia tidak suka pada Umno dan Barisan Nasional tetapi beliau tiada hak untuk berkata sedemikian mengenai parti ini. Beliau juga tidak perlu mengucapkan perkataan tersebut," kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bulan lalu.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Kebangsaan Pas, Mujahid Yusof Rawa berkata penangkapan Rayer menunjukkan mengapa Akta Hasutan perlu dimansuhkan kerana ia tidak melihat ke dalam konteks dan niat.

Namun, Mujahid menegaskan apa yang dilakukan Rayer tidak betul.

"Saya mungkin tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan Rayer, namun, menyifatkan ia sebagai bahasa kesat adalah isu lain.

"Melainkan ia adalah kata kesat dan bertujuan untuk menghasut orang lain, saya tidak akan membuat laporan polis dan hanya membantah tindakan tersebut semasa persidangan DUN.

"Kita harus bersopan santun dengan kata-kata kita," kata Ahli Parlimen Parit Buntar itu.

Rayer ditahan polis pada Rabu berhubung kenyataan 'celaka' yang diucapkannya pada persidangan DUN baru-baru ini.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping