Hek eleh!!! Heran betul tengok perangai Si Nurul Izzah ni. Kemaruk sangat dia nak bergelar Janda Reformasi rupanya. Sampai tak sabar pulak nak buat tuntutan anak.
Belum pun tuntutan fasakh dia selesai, dah dia nak tuntut anak pulak. Sekarang, Si Suami pulak bantah tuntutan yang dia buat sebelum ini. Pening lagi la Si Nurul Izzah tu dibuatnya.
Hari ini, mahkamah meminta pihak Suami Si Nurul Izzah tu failkan bantahan terhadap tuntutan yang dibuat oleh Si Nurul Izzah tu bagi hak penjagaan anak.
Peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim memberitahu pihaknya perlu memfailkan perkara itu sebelum atau pada tarikh berkenaan.
Beliau memberitahu anak guamnya itu hanya hadir pada prosiding menyempurnakan wakalah pelantikan peguam secara rasmi. Bagaimanapun anak guamnya itu tidak menunggu sehingga selesai kerana kurang sihat.
"Saya dilantik oleh defendan untuk mencabar tuntutan plantif. Kami akan mengemukakan hujah bantahan pada 27 Ogos ini," kata Azmi. Kes itu disebut dihadapan Hakim Syarie, Amran Mat Zain.
Yang kita peliknya, kenapa Si Nurul Izzah tu sesak sangat nak buat tuntutan ke atas hak penjagaan anak? Dia mampu ke nak jaga anak dia dengan baik?
Kalau tengok jadual dia berceramah dan menaburkan fitnah pada orang pun dah nampak yang dia tidak mempunyai ruang untuk menjaga anak dia sendiri.
Tu pun nasib baik baru dua orang. Pun dia dah kelihatan seperti tak mampu nak menjaga anak dia dengan jadual tugasan lain yang lebih padat. Inikan pulak nak jaga rakyat.
Kalau rumah tangga dia pun boleh jadi porak peranda dan punah ranah akibat kerenah dia pun tak mampu dia nak jaga, lagi dia berangan - angan nak jaga Negara?
Alamat punah ranah jugak la Negara jawabnya. Kalau setakat dia nak tuntut anak dan kemudian serahkan anak dia kepada orang lain untuk jaga waktu dia sibuk, baik tak payah.
Adalah lebih baik dia bagi suami dia je yang jaga anak - anak tu. Tak payah la dia buat tuntutan yang tak tentu arah. Penyudahnya nanti, buat malu muka dia sendiri je bila anak tu besar pun huru hara!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.