Rabu, Julai 16, 2014


Hah!!! Nampak gayanya Si Pak Mus tu perlu tampil dan menjelasan mengenai pendedahan yang dibuat oleh Blogger Pro Nik Aziz ni. Jangan dia nak berdiam diri pulak.

Kata blogger Pro PAS tu, pertemuan diantara Khalid dengan Hadi Awang sebelum ini bukannya hanya pertemuan biasa diantara kedua - dua pemimpin tu.

Malah blogger tersebut menganggap alasan yang diberikan adalah sesuatu yang mustahil dan tak masuk akal sekiranya tiada agenda tersembunyi.

Sebelum ini, alasan yang diberikan oleh Pak Mus mengatakan bahawa pertemuan diantara mereka adalah kerana "sudah lama tak jumpa". Alasan itu yang dianggap tak logik.
“Kenapa Presiden PAS ikut cakap Khalid. Khalid menyatakan bahawa beliau sudah lama tidak berjumpa dengan Hadi, tetapi Hadi yang pergi jumpa Khalid. 
"Lebih menimbulkan syak apabila turut dinyatakan bahawa mereka tidak berbincang soal jawatan Menteri Besar.
“Kalau dalam hirarki politik itu sudah salah kerana adakah jawatan Khalid sebagai Menteri Besar lagi tinggi dari jawatan Hadi sebagai Presiden PAS?” soalnya.
Heh! Kalau difikirkan dari satu sudut, ada betul jugak apa yang dinyatakan oleh blogger Pro PAS tu mengenai perkara tersebut. Memang nampak sangat tak logiknya.

Lagi pun, sebelum ini Si Hadi Awang tu dilaporkan tak berapa sihat dan dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Kenapa masa tu Khalid tak pergi melawat?

Tapi sekarang semuanya dah terbalik. Orang yang sakit pulak datang pergi berjumpa dengan orang sihat. Dibuat pulak dalam keadaan sembunyi - sembunyi.

Maka perkara itu yang menimbulkan persoalan sehingga menyebabkan blogger Pro PAS ni membuat kesimpulan bahawa pertemuan diantara mereka bukannya pertemuan biasa.
“Saya pasti, tujuan Hadi berjumpa Khalid adalah untuk menyakinkan Khalid supaya tidak meletakkan jawatan,” katanya.
Nah!!! Sekarang macam mana? Tak nak ke Pak Mus tu buat kenyataan balas bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh blogger PAS tu? Atau adakah dia akan terus berdiam diri?

Takkan Pak Mus sekadar nak menafikan dakwaan yang dibuat dan mendakwa ianya fitnah memburukkan nama Presiden PAS sedangkan blogger tu memang tegar menyokong PAS?

Sekiranya benar dakwaan yang dibuat oleh blogger PAS tu satu fitnah terhadap Si Hadi Awang tu, maka Pak Mus perlu ambik tindakan yang sewajarnya. Jangan pulak dia jadi PONDAN dan tak berani nak tegakkan kebenaran!!! - seterusnya...
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping