Heran pulak bila baca artikel dalam blog blogger Pro PAS ni. Lain orang yang main 'Songsang', lain pulak yang dituduhnya. Apa masalah blogger tersebut sebenarnya?
Artikel bertajuk, "Abdul Hadi Yang Membingungkan" itu memaparkan komentar penulis blog tersebut terhadap kenyataan yang dibuat oleh Hadi Awang sebelum ini.
Ketetapan yang dibuat oleh Presiden PAS tu berkaitan dengan isu kedudukan kerusi Menteri Besar Selangor memang bercanggah dengan PKR.
Hadi Awang dalam kenyataannya semalam menegaskan bahawa dia masih lagi menyokong Si Khalid Ibrahim tu sebagai Menteri Besar Selangor dan tak perlu digugurkan.
Itu pandangan yang cukup jelas dibuat oleh Presiden PAS tu. Jadi, apa masalahnya blogger Pro PAS tu bila Hadi Awang buat kenyataan sedemikian? Dia ada 'Personal Vendetta' ke?
Dari apa yang diulas oleh penulis blog tersebut, dia mendakwa sekiranya Allahyarham Fadhil Noor masih hidup, takkan mungkin perkara sedemikian akan berlaku.
Jika dilihat dari satu sudut, blogger tersebut seolah - olah mendakwa kononnya Hadi Awang GAGAL menghayati pemikiran dan siasah yang ditinggalkan oleh Fadhil Noor.
Rasanya kalau Allahyarham Fadhil Noor masih hidup sekali pun, dia juga tidak akan bersetuju dengan tindakan yang dibuat oleh PKR kerana membelakangi perjuangan PAS.
Selama hari ini, PAS sering kali mendabik dada dan mendakwa kononnya mereka memperjuangkan Islam secara menyeluruh. Termasuk dalam bidang pentadbiran.
Maka, dari sudut penerimaan Islam sendiri, wanita tak boleh jadi Ulul-Amri. Itu sudah ditegaskan dalam Al-Qur'an dan dinyatakan dengan jelas dalam sabda Nabi S.A.W.
Sekiranya PAS turut bersetuju dengan cadangan yang dibuat oleh PKR untuk melantik seorang wanita menjadi Ulul-Amri Negeri, maka mereka sudah membelakangi Islam.
Sepatutnya, sebagai orang yang berpengalaman dalam Politik di Malaysia, blogger tersebut perlu sedar agenda sebenar yang hendak diketengahkan oleh PKR.
Dia tak boleh hanya melihat dari satu sudut sahaja mengenai kemelut yang melanda kepimpinan PKR di Selangor tu. Sebaliknya, dia perlu lihat dalam ruang perspektif yang luas.
Salah satu faktor utama yang perlu dipersoalkan oleh blogger tersebut ialah sebab kenapa PKR mahu menggugurkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar?
Persoalan itu yang perlu dicerna dan dihujahkan terlebih dahulu sebelum kita nak menyokong atau membantah cadangan yang dibuat oleh PKR.
Hakikatnya, Si Khalid Ibrahim tu nak digugurkan sebagai Menteri Besar bukan sebab dia GAGAL menjaga Kebajikan Rakyat. Sebaliknya, demi kepentingan peribadi pihak tertentu.
Dan perkara itu jugak yang dilakukan oleh Si Hadi Awang tu dalam membuat keputusan untuk menyokong kepimpinan Khalid Ibrahim dan menolak cadangan Si Ketua Penipu tu sebelum ini. Takkan la itu pun blogger PAS tu tak tau!!!
nasib rakyat selangorlah, menteri besar pun orang luar yang tentukan. kena gayanya selangor dapat menteri besar bukan anak jati sendiri, wanita pulak. rakyat selangor cuma diam tak terkata apa-apa, menerima sahaja. menteri besar selangor berkhidmat untuk negeri selangor atau untuk pulau pinang dan terengganu?
BalasPadamBlogger berkaitan sealiran nik aziz, tak habis lagi berdendam macamlah mereka tu perfect.
BalasPadamKalau arwah Fathil Noor ada, berkemungkinan DAP dan PKR tak terjejak pun dapat memerintah PP dan Selangor, tiada pakatan haram.
Apabila PAS mahu membentangkan hudud di parlimen, adakah DAP dan PKR bersetuju dan adakah blogger yang sama akan kata anwar dan Lim Kit siang tongong ?!
JIJAH OMEGA ADA GAYA PRESIDEN KER. TAKNADA APA APA IDEA PUN DARI HOTAK YA
BalasPadam