Pada pelancaran awal baju raya berjenama Aaron Aziz dan Zizan Razak itu, pastinya membuatkan ramai peminat yang tertarik untuk membeli produk syarikat tersebut.
Nak pulak bila pelbagai iklan dan promosi syarikat berkenaan dipaparkan dikaca televisyen turut menggamit orang ramai untuk memilikinya.
Jika sebelum ini, dua artis yang menjadi Duta JAKEL tu tampil meluahkan rasa kurang puas hati mereka terhadap 'Pencetak Rompak' yang berleluasa.
Namun, artikel yang disiarkan dalam laman blog dibawah membangkitkan persoalan dari seorang pembeli mengenai produk yang dihasilkan memang cukup mengejutkan.
Kata pembeli tersebut, dia mendapati kemasan jahitan pada baju yang dibeli berada dalam keadaan serabut dan ada yang bertali sehingga menyebabkan dia tak puas hati.
Walaupun status yang dibuat oleh pembeli tersebut telah dijawab dan dijelaskan oleh pihak JAKEL, ianya tetap mengecewakan pembeli berkenaan dan menganggap dirinya telah ditipu.
Maka sekarang, pihak yang berkenaan perlu tampil dan membuat pendedahan mengenai isu yang dibangkitkan. Adakah benar Pakaian di JAKEL Hanya Indah Khabar Dari Rupa? Persoalan itu yang perlu dijelaskan kepada rakyat!!! - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.