Hahaha!!! Setelah dimalukan oleh ahli sendiri yang mendakwa Si Ketua Penipu tu suka cakap pusing - pusing, kini kemaluan Si Ketua Penipu tu terus didedahkan.
Ketidak-mampuan Si Ketua Penipu tu menyelesaikan kemelut dalam kepimpinan PKR seluruh Negara membuktikan bahawa dia memang TIDAK LAYAK jadi pemimpin.
Malah, isu berkaitan dengan agenda "Langkah Kajang" untuk menggugurkan Si Khalid Ibrahim tu sebagai Menteri Besar Selangor hanya dianggap membuang masa.
Menurut kata seorang penganalisis Politik, krisis berpanjangan berhubung kedudukan Si Khalid Ibrahim tu tidak menunjukkan sebarang tanda - tanda yang ianya akan selesai.
"Itu buang masa.. satu kerja yang sangat tidak produktif. Terlalu banyak politik," katanya.
Tidak cukup dengan itu, penganalisis itu juga berpendapat bahawa Si Ketua Penipu tu tak perlu tunduk kepada desakan mana - mana pihak untuk menggugurkan Khalid.
"Saya tak faham kenapa Anwar kata tunggu (jangan tergesa-gesa) tetapi Anwar tak kata dengan tegasnya, Khalid tak perlu ditukar. Yang menjadi isunya, apakah ia isu pentadbiran Khalid ataupun isu politik?," soal beliau lagi.
Ada betul jugak apa yang diluahkan oleh penganalisis Politik tu. Isu nak tukar Si Khalid Ibrahim tu bukan kerana dia membelakangkan rakyat.
Sebaliknya, tindakan nak menggulingkan Si Khalid Ibrahim tu hanya kerana sentimen sesetengah pihak yang tak puas hati dengan layanan Khalid terhadap mereka.
Salah satunya ialah berkaitan dengan peruntukan serta dana Negeri yang tidak disalurkan kepada mereka yang terlibat. Maka sebab itu diorang jadi panas hati dengan Si Khalid tu.
Tak lupa jugak tindakan yang dikenakan terhadap Si Azmin dalam isu berkaitan dengan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS yang digugurkan sebelum ini.
Isu itu juga dilihat sebagai pemangkin kepada desakan terhadap kepimpinan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. Itu pun belum kita cerita pasal isu - isu lain.
Dalam erti kata mudahnya, kumpulan tersebut bertindak sedemikian hanya berdasarkan kepada kepentingan diri sendiri semata - mata. Bukannya diorang buat demi kepentingan rakyat!!! Setakat bercakap je nak jaga Kebajikan Rakyat menda kejadahnya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.