Heh!!! Korang ingat lagi tak artikel yang pernah dikeluarkan blog ini mengenai tindakan Si Rafizi tu yang membuatkan Si Ketua Penipu tu jadi pening? (KLIK SINI)
Nampak gayanya, perkara itu masih belum berakhir apabila ada desakan diperingkat akar umbi PKR yang mula membuat desakan terhadap Si Ketua Penipu tu.
Minggu lepas, Si Rafizi tu menjadi bahan bualan hangat bagi mereka yang duduk bersembang dikedai kopi berkaitan keGAGALan dia dalam agenda "Langkah Kajang".
Memang sudah tidak dinafikan oleh Si Rafizi tu bahawa agenda yang dia rencanakan untuk mengatasi konflik kepimpinan PKR Selangor menjadi semakin bertambah buruk.
Malah sampai tahap berlakunya penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, amalan rasuah dan kekecohan tak henti - henti sepanjang pemilihan PKR dijalankan.
Sehingga hari ini, kemelut yang melanda PKR Selangor tu mula merebak keseluruh Malaysia apabila kekecoha demi kekecohan dilaporkan dalam laman media.
Maka, itu membuktikan bahawa Si Rafizi tu ternyata telah GAGAL se-GAGAL-GAGALnya bagi menjadikan agenda Langkah Kajang tu sebuah realiti.
Dan atas sebab itu juga, ahli diperingkat akar umbi mula mendesak supaya jawatan Si Rafizi tu yang dianggap sebagai "Kepala Alam" digugurkan secepat yang mungkin.
Rata - rata, semua orang menganggap Si Rafizi tu perlu bertanggungjawab dan menjadi 'Anak Jantan' dengan melepaskan jawatan tersebut secara terhormat.
Malah, kepimpinan tertinggi jugak turut didesak melakukan perkara yang sama kerana tidak mampu untuk menyelesaikan konflik kepimpinan yang memalukan PKR.
Mereka termasuk la Presiden PKR, Si Wan Omega tu dan Si Ketua Penipu tu sendiri. Kedua - duanya dilihat TIDAK KOMPETEN untuk menjalankan tugas sebagai pemimpin.
Ahli diperingkat bawahan menganggap Si Ketua Penipu tu sebagai TIDAK RELEVAN kerana didapati seringkali 'Berat Sebelah' dalam membuat sebarang kenyataan media.
“Memandangkan perangai buruk DSAI yang berat sebelah hanya condong pada sebelah pihak maka DSAI sudah tidak relevan lagi,” kata Ahmad Halimi Samm.
“DSAI punya statement pun pusing-pusing.. Dan saya bagi jaminan.. Pertukaran MB akan berlaku selewat-lewatnya sebelum 30 Syawal..Dari akar umbi disodok kot,” kata Radzuan Fi Radzi.
Nah!!! Itu membuktikan bahawa Si Ketua Penipu tu memang TAK LAYAK untuk jadi pemimpin. Apatah lagi dia nak jadi Perdana Menteri Malaysia? Sedangkan parti dia sendiri pun dia tak mampu nak tadbir dengan baik!!! Itu pasal la jahanam jadinya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.