Khamis, Julai 31, 2014


Anggota jawatankuasa PAS pusat yang juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan parti itu (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki terus mengkritik rancangan PKR untuk menggantikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau menerusi kenyataannya di Facebooknya menyeru agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diberikan peluang menghabiskan tempoh pentadbirannya sehingga pilihan raya akan datang.

Menurutnya, ia selaras dengan satu hadis Nabi yang menyeru umat Islam mentaati pemimpin "selagi tidak disuruh kepada maksiat".
"Demikian juga dalam kes Khalid Ibrahim, mari kita jadikan hadith itu panduan.
"Berikan mandat kepada dia, walaupun ada perkara yang kita suka dan ada perkara yang tidak suka, selagi mana dia tidak menyeleweng dan rasuah.

"Lepas tamat tempoh mandat, kita boleh lantik yang lain," katanya. 
Terdahulu, Zuhdi dalam perbualan WhatsApp kumpulan AJK PAS Pusat mencadangkan PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) dan bersama-sama Umno menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar.

Beliau juga mencadangkan supaya seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR lompat parti masuk PAS dan bergabung dengan Umno sekaligus membentuk kerajaan perpaduan.

Malah turut meramalkan PAS akan mengembalikan kuasa politik Melayu-Islam di Selangor dan mahu menafikan isu hak agama lain termasuk isu gereja dan kalimah Allah.

Tindakannya itu dikecam PKR menerusi Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli yang disifatkan sebagai mengkhianati sekutunya dalam PR. 

Dalam masa yang sama Setiausaha Publisiti parti itu Tony Pua pula menganggap cadangan dan pandangan Zuhdi menerusi WhatsApp itu adalah bersifat perkauman dan wajar untuk beliau membuat permohonan maaf.

PS: Kesimpulannya mudah. Taatilah pemimpin yang diberi mandat untuk memerintah. Tapi jangan taati pemimpin yang suka buat maksiat!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. jangan taat pemimpin maksiat, saya dah berbuih cakap berkenaan perkara ini pada penyokong PAS dan PKR tak guna , otak mereka dah di palam syaitan. kona macam mana pun , Anuar peliwat zina dengan jantan ka perempuan jalang walau didepan mata mereka , mereka tetap kata UMNO yang salah .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan taat pd penzina dan peliwat. Termasuk pemimpin PAS spender putih.

      Padam
  2. Jerat dapig pasang sudah mengena. Mereka amat benci Kalau melayu Bersatu. Siapa Lauk siapa serigala.... Fikir Fikir Kan lah

    BalasPadam
  3. aduhai rakyat malYsia.dapig memang tak nak melayu bersatu. kalau boleh dia nak selangor jadi penang

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping