Jerman menempah tiket berharga ke separuh akhir keempat berturut-turut dalam kempen Piala Dunia sejak 2002 hasil kejayaan menundukkan Perancis 1-0 di Stadium Maracana, sebentar tadi.
Jaringan pertahanan, Mats Hummels pada minit ke-13 perlawanan sudah cukup buat juara dunia tiga kali itu mengatasi Perancis dalam perlawanan yang kurang menarik seperti diharapkan.
Gol tunggal Jerman berpunca menerusi sepakan percuma Toni Kroos dengan Hummels yang gagal dikawal pertahanan Perancis dan berjaya melepaskan tandukan cantik menewaskan penjaga gol yang juga kapten, Hugo Lloris.
Perancis begitupun lebih banyak mengasak memiliki peluang untuk meledak gol seawal minit keenam, namun cubaan penyerang, Karim Benzema menerusi satu serangan balas, tersasar ke kiri gawang Jerman.
Dalam satu lagi babak perlawanan suku akhir menyaksikan pertembungan diantara Brazil menentang Colombia di stadium Fortazela dengan menyaksikan Brazil mendahului di separuh masa pertama.
Gol jaringan Kapten pasukan Brazil, Thiago Silva pada minit ke-7 perlawanan membuatkan pasukan Colombia tersentak sehingga tamat separuh masa pertama.
Bersambung dalam separuh masa kedua, David Luiz berjaya menjaringkan gol dari luar petak D melalui tendangan percuma menggegarkan jaring Colombia pada minit ke-69.
Namun kesilapan penjaga gol Brazil, Julio Ceasar membenarkan pasukan Colombia merapatkan jurang apabila dihadiahkan dengan sepakkan penalti pada minit ke-80.
Pemain kesayangan Brazil, Neymar Jr dikasari akibat ditujah dari belakang pada minit ke-88 dan terpaksa diusung keluar sekali gus ditukar dengan pemain gantian, Henrique. Brazil mara ke Separuh Akhir dengan menundukkan Colombia 2-1.

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.