Selasa, Julai 15, 2014


Apa la bingai sangat orang yang buat cerita kononnya Si Khalid Ibrahim tu bakal menyertai Parti Angguk Saja tu. Nampak sangat tak logiknya jika difikir dari sudut rasional.

Ini termasuk la pandangan dari seorang penganalisis Politik yang menyatakan bahawa Khalid hanya selamat sekiranya dia masuk jadi ahli PAS. Tak logik lansung!!!

Kata penganalisis Politik tu, tindakan Si Khalid Ibrahim keluar PKR dan masuk PAS akan menambahkan jumlah bilangan kerusi yang dikuasai oleh PAS di DUN Selangor.
“Kita sedia maklum, Pas sekarang pegang 15 kerusi di Dun, kalau Abdul Khalid masuk Pas, kerusi Pas semakin kukuh dan pasti mereka akan ‘demand’ kerusi menteri besar itu dan akan beri kepada Abdul Khalid.


“Tetapi, saya pasti jika Abdul Khalid pegang jawatan menteri besar atas tiket Pas, DAP pula tidak berpuas hati,” katanya.
Soalnya sekarang ni, PKR tak de banyak kerusi pun dalam DUN Selangor tu. Tapi kenapa diorang masih layak untuk jadi MB? Tu pasal la alasan yang diberikan Tak Logik!!!

Hakikatnya, dalam PAS sendiri pun dah cukup ramai orang yang Gila Kuasa. Masih bersepah - sepah orang yang Gila nak jadi Menteri Besar.

Jadi, sekiranya Si Khalid Ibrahim tu jadi ahli PAS sekali pun, belum tentu lagi dia boleh kekal menjadi Menteri Besar Selangor. Takut nanti, dia dulu yang kena kerat.

Sekiranya perkara itu berlaku, ianya bukan dapat nak selesaikan masalah yang kini sedang hangat melanda Negeri Selangor tu. Tapi ianya akan memburukkan lagi keadaan.

Apa yang pasti, khabar angin mengatakan bahawa Si Khalid Ibrahim tu nak masuk PAS hanya salah satu taktik PKR untuk mengheret PAS dalam kemelut yang melanda parti tu.

Selama hari ini, PKR dilihat masih lagi GAGAL untuk mendapatkan sokongan PAS dengan membuat pendirian mengenai kedudukan Si Khalid Ibrahim tu sebagai Menteri Besar.

Maka, salah satu cara nak mendapatkan sokongan PAS adalah dengan mengheret PAS secara paksaan dan mengaitkan Si Khalid Ibrahim tu dengan pemimpin utama parti tu.

Tapi nampak sangat yang puak - puak PKR tu terlalu terdesak untuk mendapatkan sokongan PAS hanya semata - mata nak menggugurkan Khalid sebagai MB Selangor. Tinggal lagi, jenis parti yang suka 'Main Belakang' ni memang tak boleh dipercayai lansung!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Kalau mahukan sokongan PAS, lantiklah Iskandar sebagai MB. Fullstop.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping