Selasa, Julai 08, 2014


"Wujud Campur Tangan Eksekutif" dan "Keputusan Berat Sebelah" merupakan diantara alasan yang pernah dilemparkan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu.

Kenyataan sedemikian pastinya akan dibangkitkan apabila keputusan dari mahkamah tidak menyebelahi mereka. Maka, pelbagai tuduhan akan dilemparkan.

Mereka akan mendakwa kononnya sistem kehakiman Negara Malaysia ni terlalu prejudis terhadap Kerajaan yang memerintah dan berat sebelah.

Malah mereka juga akan turut membuat dakwaan wujudnya campur tangan eksekutif dalam menentukan sesebuah keputusan yang melibatkan pemimpin Pakatan.

Namun, disebalik tuduhan serta dakwaan yang dilemparkan, tidak pernah sekali pun puak - puak Pakatan Haramjadah tu tampil dengan bukti yang kukuh.

Hakikatnya, ianya perlu disusuli dengan bukti bagi menyokong kenyataan yang dibuat. Nak pulak bila yang buat kenyataan tu dikalangan pemimpin Pakatan tu sendiri.

Sebagai contoh, Si Khalid Samad yang sebelum ini dengan lantang menuduh Kerajaan terlibat dalam keputusan Mahkamah Rayuan terhadap tuduhan liwat Si Ketua Penipu tu.

Blog ini memberi Khalid tempoh selama 11 hari untuk membuat pembuktian terhadap dakwaan yang pernah disebut dalam sidang Parlimen.

Namun, sehingga hari ini, Khalid masih kekal berdiam diri dan GAGAL tampil untuk membuat pendedahan mengenai tuduhan yang dilakukan.

Jadi, jangan heran pulak sekiranya ada dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu yang akan berguling - guling diatas jalan raya menolak keputusan yang telah dibuat. Jangan ada yang sampai tahap hilang akal baca laporan dibawah ni sudah la!!!
PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengekalkan kemenangan bagi kerusi Bagan Datoh di Perak apabila Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak dua rayuan untuk membatalkan keputusan pilihan raya bagi kawasan Parlimen itu.
   
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, mempengerusikan panel lima hakim, sebulat suara menolak rayuan dikemukakan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Madhi Hassan dan seorang pemilih berdaftar, Azmi Sulaiman.
   
Beliau berkata kedua-dua perayu menyatakan 19 April, 2013, sebagai tarikh Ahmad Zahid didakwa melakukan rasuah sebagai seorang calon pilihan raya.
   

Bagaimanapun, 19 April adalah tarikh menjelang penamaan calon bagi pilihan raya umum pada 2013 dan Ahmad Zahid masih belum menjadi calon pada tarikh berkenaan, katanya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping