Jika sebelum ini, puak - puak Pakatan Haramjadah tu menyelar tindakan Selangorkini yang didakwa menjadi ejen propaganda dalam kempen Si Khalid Ibrahim.
Sibuk diorang kecam penyelewengan dan penyalahgunaan laman rasmi milik Rejim Pakatan Selangor tu untuk menaikkan populariti Khalid Ibrahim sepanjang tempoh pemilihan.
Tapi macam mana pulak dengan tindakan laman portal The Malaysian Insider yang dilihat cuba memburukkan imej Si Khalid Ibrahim tu dalam ruangan komentar mereka?
Dalam satu artikel yang dikeluarkan baru - baru ini, nampak sangat agenda mereka hanyalah untuk memburukkan lagi imej Si Khalid Ibrahim tu sebagai Menteri Besar.
Laman portal tersebut menekankan mengenai sifat KETELUSAN dalam pentadbiran selain ketegasan dan tanggungjawab yang disebut oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor.
Isu berkaitan dengan Ketelusan itu dibangkitkan apabila mereka mengaitkan kes Si Khalid Ibrahim yang berhutang dengan Bank Islam sebelum ini diselesaikan diluar mahkamah.
Mereka membuat dakwaan kononnya Si Khalid Ibrahim tu dapat bantuan dari seorang peguam yang menjadi orang tengah UMNO untuk selesaikan kes tersebut.
Soalnya, kenapa isu ketelusan itu sahaja yang menjadi perhatian mereka? Bagaimana pula dengan kriteria ketegasan dan tanggungjawab yang turut disebut oleh DYMM Tuanku?
Adakah kedua - dua kriteria itu tidak penting bagi seorang pemimpin seperti Khalid? Jika dilihat pada keadaan semasa, Khalid masih lagi menjalankan tanggungjawabnya.
Dia masih lagi menunaikan tugas yang telah diamanahkan kepada dia sebagai seorang Menteri Besar dalam menjaga Kebajikan Rakyat. Adakah isu itu tidak penting?
Bagaimana pula dengan isu berkaitan dengan ketegasan dimana Si Khalid tu juga didakwa bertindak tegas terhadap pemimpin yang ingin mendapat keuntungan peribadi?
Hakikatnya, disebabkan sifat tegas yang ditonjolkan oleh Si Khalid itulah yang membuatkan dia menjadi 'Public Enemy Number One' dikalangan pemimpin - pemimpin Pakatan.
Realitinya, isu berkaitan dengan KETELUSAN tu sama juga pentingnya dengan kedua - dua sifat lain yang disebut oleh DYMM Tuanku Sultan sebelum ini.
Apa yang pasti, Si Khalid tu nak digugurkan sebagai MB sebab dia TEGAS dalam menjalankan TANGGUNGJAWAB. Bukannya sebab dia mengabaikan amanah yang telah diberikan untuk menjaga Kebajikan Rakyat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.