Jumaat, Julai 25, 2014


Heh! Ini satu lagi cara Si Khalid Ibrahim tu memalukan puak - puak Pakatan Haramjadah yang dok menyalak diluar pagar bangunan SUK Selangor tu.

Dari satu sudut, jelas tindakan Si Khalid Ibrahim ni meniru Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) merupakan satu tindakan menyindir Pakatan.

Hakikatnya, apa yang dilakukan oleh Si Khalid Ibrahim ni boleh dilihat sebagai satu pengiktirafan terhadap projek yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri sebelum ini.

Kebiasaannya, puak - puak Pakatan Haramjadah tu seringkali tampil mengutuk dan mengkritik apa sahaja projek yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Pusat.

Mereka seringkali menuduh projek sedemikian sebagai satu pembaziran dan sekadar menghabiskan duit rakyat secara terang - terangan.

Walaupun projek seperti PR1MA tu memberi kelebihan kepada rakyat yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah, namun ianya tetap dikecam oleh puak - puak Pakatan tu.

Sekarang, adakah mereka sanggup buat benda yang sama dan menuduh Si Khalid Ibrahim tu melakukan pembaziran dan menghabiskan duit rakyat?

Berani tak diorang nak kecam tindakan yang diambil oleh Si Khalid Ibrahim ni dalam perlaksanaan projek yang serupa dengan projek PR1MA? Kalau setakat pandai bercakap dan tau nak mengutuk je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
PETALING JAYA: Projek Perumahan Mampu Milik atau Rumah Selangorku akan dibina oleh kerajaan negeri Selangor di Sungai Sering, Hulu Klang awal Oktober ini.

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, projek ini telah mendapat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) manakala kebenaran merancang daripada pihak berkuasa akan diperolehi pada Ogos ini.

“Projek Rumah Selangorku menerima peruntukan kerajaan negeri menggunakan wang rezab negeri sebanyak RM100 juta yang dijadikan modal pusingan.

“Kita menjangkakan proses jual beli Rumah Selangorku ini dapat dilakukan selewat-lewatnya pada Februari 2015 dan penyerahan kunci rumah bagi Fasa 1 dijangka pada Disember 2016,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Khalid lagi, sebanyak 2,496 unit rumah akan dibina yang mengandungi lapan blok dengan setiap blok setinggi 20 tingkat. Projek ini dibina dalam empat fasa dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh enam tahun setengah.

Khalid turut menjelaskan bahawa projek ini merupakan perintis Rumah Selangorku yang mana kerajaan negeri merancang untuk membina lebih banyak projek rumah mampu milik seumpama ini di daerah-daerah lain.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping