Sabtu, Julai 26, 2014


Dewan Ulama PAS Pusat hari ini menegaskan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim patut dibenarkan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar sehingga ke akhir penggal.

Jelasnya ia adalah kerana tiada sebarang alasan dan sebab syarie yang kukuh dikemukakan oleh mana - mana pihak setakat ini untuk mewajarkan penukarannya.
        
Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob berkata dewan itu telah mengamati bahawa tidak berlaku sebarang pengkhianatan terhadap amanah kepimpinan, penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Abdul Khalid sejak pelantikannya sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.
        
Begitu juga sejak mula dia menjadi Menteri Besar pada 2008 sehingga kembali mendapat mandat rakyat dengan kemenangan berganda untuk Pakatan dalam PRU13 lalu.
        
Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata dewan tersebut menegaskan bahawa masalah mengekalkan jawatan Khalid lebih kuat berbanding keperluan menukar dengan Menteri Besar baru.
        
Sebarang usaha menukar Menteri Besar Selangor tanpa persetujuan bersama PAS, PKR dan DAP sehingga menimbulkan kekalutan dalam kalangan rakyat bawahan hendaklah dielakkan, katanya.
     
Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.
        
Sambil menyokong pendirian Abdul Hadi itu, Ahmad menyeru semua ahli Pas agar menghayati kebijaksanaan pendirian presiden Pas itu tambahan pula presiden mempunyai hak pemutus dalam beberapa isu yang memerlukan keputusan segera.

PS: Heh! Makin buruk la muka Si Ketua Penipu tu bila baca kenyataan yang dibuat oleh Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS ni.

Makin meroyan la puak - puak Pakatan yang masih lagi menyalak diluar pagar SUK Selangor tu macam Anjing Gila tak tentu arah.

Sekarang, apa pulak tindakan yang akan diambil bila hampir keseluruhan jentera PAS menolak cadangan diorang sebelum ini? Takkan diorang nak terus meroyan macam orang hilang akal tak tentu arah!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. sesungguhnya presiden lebih matang dgn lengganglenggok anwar.

    BalasPadam
  2. PAdan muka mat syabu, mahfuz bean, khalid GEREJA,pondan fizi, jijah OMEGA bodoh dan rakan2.

    Sifat biadap dan kurang ajar mereka akhirnya akan dibalas. Jangan ingat si AL JUBS to boleh memperbodohkan satu Malaysia. Nak bodohkan penganut2 si JUBURI, boleh, tapi bukan SATU MALAYSIA!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping