Sabtu, Julai 19, 2014


Kesilapan kecil pada tiket rupa-rupanya mempunyai hikmah dan mampu menyelamatkan nyawa serta kehidupan sepasang suami isteri, bersama bayi perempuan mereka yang berusia tiga bulan.

Barry Rahman Sim, 44, dan Izwani Rahman, 31, merupakan pasangan penumpang yang 'terselamat' daripada tragedi MH17 yang dilaporkan ditembak jatuh dan terhempas di Ukraine selepas dinafikan penerbangan tersebut oleh MAS kerana masalah tiket dan tempat duduk.

Pasangan ini yang pada asalnya mahu menaiki MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada tarikh 17 Julai akhirnya ditukarkan ke penerbangan ganti KLM ke destinasi sama.

Mereka sebak mengimbas kembali saat-saat apabila mereka tetap mendesak kakitangan kaunter tiket yang melakukan kesilapan memasukkan butir-butir di tiket mereka agar mencuba sedaya upaya bagi membolehkan mereka pulang ke Kuala Lumpur menaiki MH17.

"Saya tak percaya saya telah bersungguh-sungguh meminta kami sekeluarga ditempatkan di MH17, sebuah pesawat yang akan ditembak jatuh dan kemudian hancur berkecai. Ia seolah-olah saya 'mendesak' meminta kami menaiki pesawat malang.

"Ia merupakan satu hikmah besar untuk kami sekeluarga walau hanya dengan kesilapan kecil pada tiket," kata Barry yang akhirnya selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bersama isteri dan anaknya dengan penerbangan KLM pada pukul 3.18 petang Jumaat.

Barry yang berasal dari Scotland dan bertugas di sini berkata, dia dan isteri sering terbang ke luar negara menaiki pesawat MAS tetapi tidak pernah menghadapi saat-saat yang rumit dan sukar seperti perjalanan mereka kali ini.

Katanya, untuk penerbangan pulang dari Amsterdam sahaja, dia terpaksa membuat pembetulan pada tiket sebanyak empat kali.

"Selepas kesilapan demi kesilapan, urusan tiket penerbangan pulang hanya selesai beberapa jam sebelum kami berlepas ke sana dua minggu lalu," katanya sambil menafikan laporan terdahulu bahawa dia menukar tiket penerbangan pada saat-saat akhir.

PS: Jarang ada orang yang bersyukur bila dia buat silap ni. Biasanya yang kita selalu tengok, orang tu pasti akan mengamuk tak tentu arah.

Tapi lain pulak ceritanya kali ini. Maka benar la, sesungguhnya Allah berikan kesulitan itu kepada orang yang redha dengan ketentuannya. Jangan jadi macam puak - puak Pakatan Haramjadah tu, sudah la!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping