Selasa, Julai 15, 2014


Fuh!!! Macam seram je tajuk kat atas tu kan. Tapi, kalau baca cerita kat bawah ni, memang seram pun untuk sesetengah pihak yang terbabit dalam pendedahan yang dibuat.

Sebab diorang ni memang jenis manusia yang TAKUT dengan Bayang - Bayang sendiri. Nak pulak bila pendedahan seumpama ini dilakukan secara terbuka.

Lepas ni ada la yang akan memunculkan diri dan menafikan dakwaan tersebut tanpa mengambil sebarang tindakan yang sewajarnya. Setakat bercakap je yang diorang mampu.

Bercakap pulak setakat penafian kosong menyatakan bahawa semua pendedahan itu merupakan satu fitnah untuk merosakkan reputasi.

Tapi bila dicabar suruh ambik tindakan terhadap orang yang buat pendedahan, tak de sapa pun yang berani buat. Semuanya pegang buah kerandut masing - masing je takut pecah.

Apa yang jelas, pendedahan mengenai kehadiran "Misteri" dua orang wanita sewaktu proses pengiraan undi bagi Cabang Kuala Selangor tu perlu dijawab oleh mereka yang terbabit.

Katanya, sewaktu proses pengundian itu dijalankan, ada dua orang wanita yang bawak kertas, pensil dan pemadam secara senya p -senyap sewaktu kejadian 'Blackout' berlaku.

Biarpun sebelum ini, Si Joe Bedul tu kata semua orang yang ada didalam bilik pengiraan undi tu diarahkan keluar ikut pintu depan, tapi tak mustahil ada yang masuk ikut pintu belakang.
SUNGAI BULOH: Seorang ahli PKR Cabang Kuala Selangor mendakwa dua orang perempuan dengan membawa pensil dan pemadam dilihat memasuki bilik pengiraan undi di ibupejabat PKR, semasa proses pengiraan undi Cabang Kuala Selangor, baru-baru ini. 
Arijan Osman berkata dua perempuan itu menyelinap masuk ke bilik itu ketika tempat pengiraan undi itu terputus bekalan elektrik. 
"Selepas dapat keputusan tidak rasmi Timbalan Presiden 'black-out' selepas itu petugas-petugas diarah keluar oleh petugas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). 

"Selepas diminta semua keluar mengikut pintu depan tapi ada lagi satu pintu di belakang. Kita diberitahu ada dua orang (perempuan) naik ke atas guna pintu depan memegang pensel dan pemadam dan tidak turun-turun," katanya pada sidang medianya di Sungai Buloh, pagi tadi.
Nah!!! Sekarang, nampak gayanya isu kemelut pemilihan PKR ni takkan dapat berakhir dengan begitu mudah sekiranya laporan dibuat kepada RoS.

Jadi, ada la peluang puak - puak PKR tu pulak membalun RoS diatas kelemahan dan kegagalan mereka sendiri. Jenis manusia yang tak sedar diri ni memang macam tu la gayanya. Kerja asyik nak menyalahkan orang je. Salah sendiri diorang buat tak tau!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping