RAKAMAN video memaparkan aksi seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terjaga ketika upacara pengebumiaannya cukup memeranjatkan di Aurora, Zamboangan del Sur, Filipina.
Sebaik sahaja dia kembali bernafas, ayahnya dengan segera mengeluarkan mangsa daripada keranda tersebut dan membawanya ke hospital.
Mangsa disahkan meninggal dunia pada Sabtu selepeas mengalami demam selama berbera hari. Inspektor Heidil Teelan pada Sabtu, memberitahu 'The Philippies Star':
"Ketika kejadian, doktor dan kakitangan klinik mengesahkan tiada denyutan jantung dikesan pada pesakit dan dia disahkan meninggal dunia pada pukul 9 pagi Sabtu."
Bagaimanapun, apabila jiran keluarganya mengalihkan penutup keranda yang menutup mayat mangsa dan mereka akhirnya melihat badan mangsa bergerak-gerak. Kata Teelan:
"Kami tidak boleh mengesahkan status kanak-kanak tersebut namum berdasarkan pemerhatian anggota polis sebelum ini kanak-kanak itu berada dalam keadaan koma."
Sebaik sahaja kerandanya dibuka kanak-kanak malang itu diberikan air dan dibawa ke hospital sebelum pulang ke rumah bersama keluarganya.
Terdapat beberapa kes yang melibatkan mereka yang telah meninggal dunia bangun ketika majlis pengebumian mereka.
Mereka yang hadir pada majlis pengebumian, Brighton Dama Zanthe, 34, berkata dia dihantui pengalaman mangsa terbangun ketika dia majlis pengebumiaan.
Di Lexington Mississippi, Walter Williams juga menacatatkan kes yang hampir serupa, di mana ketika majlis pengebumiannya dia disahkan meninggal dunia akibat penyakit jantung.
Sementara itu, Kalvin Santos pula mencatatkan pengalaman yang tidak kurang anehnya. Apabila dia tiba-tiba terjaga dan meminta segelas air ketika majlis pengebumiannya di Belem, utara Brazil. Bagaiamanapun selepas itu dia disahkan meninggal dunia kali kedua.
- Seterusnya...
- Seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.