Jumaat, Julai 11, 2014


Aduhai!!! Apa la malang sungguh bila PAS dapat pemimpin yang cakap tak serupa bikin ni. Hari ni cakap lain, esok cakap lain pulak. Sebijik macam MUNAFIK pulak kita tengok.

Jika sebelum ini, Si ADUN PAS tu dilihat beria - ia nak sangat Si Khalid Ibrahim tu digugurkan dari jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Malah, Si ADUN PAS tu jugak yang mengkritik kenyataan yang dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Selangor yang menyatakan bahawa isu tersebut perlu dapat pandangan rakyat.

Kata Si ADUN PAS tu, Pakatan Haramjadah tu tak perlu nak dapatkan pandangan sedemikian sebab bagi dia, Pakatan Haramjadah tu sudah pu mewakili suara rakyat.

Kiranya dalam erti kata yang mudah, pandangan dari kalangan rakyat mengenai apa sahaja isu yang berbangkit tak perlu dilayan sangat. Cukup setakat diorang je buat keputusan.

Mungkin Si ADUN PAS tu lupa bahawa kedudukan yang dia pegang hari ini sebagai seorang ADUN pun ditentukan oleh rakyat. Jadi, kenapa dia nak rasa riak sangat tak tentu arah ni?

Kenapa pulak dia boleh kata yang pandangan dikalangan rakyat tak perlu apabila ianya menyentuh isu berkaitan dengan jawatan serta kedudukan seorang Menteri Besar?

Adakah rakyat di Selangor tu tak layak nak bagi pandangan mereka mengenai isu tersebut sehingga Si ADUN PAS tu boleh keluarkan kenyataan sedemikian?

Ke mana perginya perjuangan Pakatan Haramjadah tu yang selama ini berjuang untuk menjaga Kebajikan Rakyat sedangkan pandangan dikalangan mereka pun tidak diterima?

Dari satu sudut, nampak sangat kenyataan yang dibuat oleh Si ADUN PAS tu merupakan satu kenyataan yang Angkuh dan menidakkan suara rakyat secara kolektif.

Apa yang pasti Si ADUN PAS ni telah meminggirkan pandangan rakyat dan menafikan hak mereka untuk bersuara mengenai kemelut yang melanda Selangor pada hari ini.

Cuba korang fikirkan. Kalau dalam isu yang ada kaitan dengan kepentingan rakyat Selangor pun boleh dinafikan oleh Si ADUN PAS ni, bagaimana pulak dengan isu - isu lain? Kalau setakat bercakap je nak memperjuangkan Kebebasan Bersuara, baik tak payah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping