Salah satu perkara yang sering dilakukan oleh selebriti wanita yang berhijrah ialah tampil memberikan ceramah. Malah ada yang siap terus tukar kerjaya jadi penceramah bebas.
Bukanlah satu perkara yang salah lebih-lebih lagi sekiranya berkongsi mengenai kisah penghijrahannya. Manalah tahu dapat memberikan petunjuk dan pengajaran buat orang lain juga.
Neelofa yang baru sahaja mengenakan tudung sepenuhnya minggu lalu bagaimanapun tampil memaklumkan yang dia tidak akan berkongsi pentas dengan mana-mana pihak untuk memberikan ceramah.
Ianya dianggap satu langkah yang bijak pada pendapat Abang Nara. Daripada sibuk berceramah, lebih baiklah pergi menuntut ilmu. Kata Neelofa menerusi Berita Harian:-
"Siapalah saya untuk memberi ceramah? Ilmu yang saya ada tidak mungkin untuk saya bergiat sebagai penceramah. Kalau nak kongsi mengenai penghijrahan ini juga agak keberatan kerana tidak mahu dilihat seperti riak.
Saya mengenakan hijab bukan kerana mahu berkahwin ataupun perniagaan. Saya ada juga mendengar kononnya saya berhijab kerana perniagaan jubah. Itu semua tidak benar."
Antara selebriti yang sudah berhijrah paling Abang Nara hormati ialah Mizz Nina dan Ummi Nazeera. Tiada publisiti meluas dan daripada apa yang dikongsikan.
Jelas mereka berdua sibuk pergi belajar mengenai agama Islam untuk memperbaiki diri dan bukannya sibuk mencanang kisah penghijrahan masing-masing.
Apa pun, baru-baru ini Neelofa telah tampil di radio IKIM untuk berkongsi sedikit mengenai cerita hijrahnya. Menarik untuk sama-sama kita ambil iktibar.
Semoga Neelofa terus istiqamah dalam menutup aurat. Insya Allah hidup akan lebih diberkati dan dirahmati. Semoga lepas ini cepat-cepat bertemu jodoh pulak. Sama-samalah kita doakan.
PS: Jangan Si Neelofa tu jadi macam dua orang Ostazah Pening tu sudah la. Yang sorang meroyan tak sudah - sudah bila kena cerai.
Yang sorang lagi tu, sibuk dok pertikaikan bantuan Kerajaan sedangkan dia sendiri pun tak de bagi bantuan apa pun. Setakat pandai duduk goyang kaki kat rumah sambil terima bayaran tinggi untuk iklan susu je kerjanya!!!
Makin cantik Nelofa, tak usahlah bergiat dlm bidang seni lagi,carilah kerja lain berniaga ke.Dalami ilmu ugama akan rasa manisnya mengamalkan sunnah Nabi yg mulia.Selamat berhijrah semoga Allah sentiasa memberi hidayah amin.
BalasPadamtak berpindah pun tapi muncul dalam drama kat RTM1...stesen penyiaran kerajaan yang sering dikritiknya...
BalasPadamUstazah se orang tu jadi mcn tu sbb otak otak nya tidak berhubung ha ha ha ha ha.
BalasPadam