Rabu, Julai 09, 2014


SELEPAS enam tahun menjadi ibu tunggal, kini Nora Danish terbuka mengakui hubungan istimewanya dengan Mohamed Nedim Mohamed Nazri yang disifatkan sebagai kawan lelaki paling rapat.

Mereka juga tidak menyembunyikan kemesraan apabila seringkali memuat naik gambar-gambar di laman sosial masing-masing sehingga mendapat maklum balas peminat yang mahu mereka cepat-cepat mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun tegas Nora dia tidak mahu terlalu terburu-buru kerana pengalaman lalu banyak memberi pengajaran kepadanya untuk lebih berhati-hati dalam membuat keputusan untuk bergelar isteri sekali lagi.

"Kalau ditanya tentang ikatan perkahwinan, saya rasa biarlah hati kami sama-sama terbuka terlebih dahulu. Tidak dinafikan yang kami pernah berbincang tentang perkahwinan namun tidaklah terlalu serius. B

uat masa ini perkara itu bukanlah keutamaan bagi saya sebab saya pun pernah berkahwin dan sudah ada anak. Lagipun keluarga saya juga tidak mendesak. Mereka hanya mahukan yang terbaik untuk diri saya... mahu saya bahagia," jelasnya.

Tidak menafikan yang keinginan untuk berkahwin lagi itu wujud namun Nora berkata setiap keputusan yang bakal diambil berhubung komitmen masa depan perlu difikirkan semasak-masaknya.

Ini kerana seboleh-bolehnya dia mahu mengelak perceraian dan tidak mahu pisang berbuah dua kali kerana perkara itu amat memeritkan.

"Kami berdua berkawan pun tidak sampai setahun lagi, masih terlalu awal untuk berbincang soal kahwin. Bagi saya biarlah masa menjadi penentu dalam hubungan kami berdua ini," tambahnya. - seterusnya...
Categories:

2 ulasan:

  1. Tak usah lewat sgt, dah lama bersendirian tu, nanti banyak fitnah,solat idtaharah insyaallah Allah akan ber petunjuk.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping