Heh!!! Bijak sangat ke Pak Menteri ni bila dia bagi cadangan nak hapuskan sindiket pengemisan yang berleluasa di Kuala Lumpur? Ada pro dan kontranya.
Yang bagusnya, cadangan Pak Menteri tu nak hapuskan sindiket pengemisan ni memang bagus. Setidak - tidaknya, tak de dah sindiket sedemikian mempergunakan orang lain.
Memang terbukti bahawa di Kuala Lumpur tu banyak sindeket sedemikian rupa dijalankan. Terutama sekali bagi puak - puak Taukeh DAPigs yang nak cepat kaya.
Sebagai contoh, isu kutipan derma untuk sebuah sekolah agama di Alor Setar yang didakwa didalangi oleh seorang lelaki yang kaya raya. Perkara macam tu perlu dibenteras.
Apa yang pasti, sindiket sedemikian rupa dijalankan bagi mengumpul dana demi kepentingan individu tertentu. Perkara tu memang patut dicegah.
Dan pihak Kerajaan juga perlu ambik tindakan tegas terhadap sindiket sedemikian rupa agar dapat memastikan tidak ada golongan gelendangan ni dipergunakan oleh orang lain.
Cuma yang tak bagusnya cadangan Si Pak Menteri tu ialah apabila dia nak tangkap dan kenakan denda kepada pengemis yang ditahan oleh DBKL.
Perkara itu dilihat tidak adil dan tindakan sedemikian rupa hanya memburukkan lagi imej serta kredibiliti pihak Kerajaan. Dan isu tu dipergunakan oleh Pembangkang.
Betul la. Tindakan nak membersihkan golongan pengemis dari tepi jalan ni adalah bagi memperbaiki imej Negara agar ianya tidak diperlekehkan oleh orang luar.
Bila orang luar datang ke Malaysia dan lihat masih ramai pengemis ditepi jalan, mereka akan buat persepsi kononnya Kerajaan Malaysia ni mengabaikan rakyatnya.
Soalnya, apa tindakan pihak Kerajaan ambil terhadap pengemis tersebut? Apa langkah yang sewajarnya dilakukan bagi mengurangkan jumlah bilangan pengemis tu?
Adakah cukup sekdar mereka dikenakan denda dan ditahan oleh pihak DBKL? Rasanya, tindakan tu masih tidak mencukupi dan tak masuk akal pun sebenarnya.
Kalau setakat didenda sebanyak RM 150, tu dah lebih dari kemampuan seorang pengemis yang ada di Malaysia sedangkan pendapatan harian mereka lebih dari itu.
Bayangkan. SH pernah jumpa dengan seorang ibu kepada dua orang anak mengemis di Bukit Bintang. Bila ditanya, berapa yang Si Ibu tu dapat sehari, dia kata paling kurang seratus.
Kalau sehari pengemis tu dapat RM 100, 30 hari dia dah mampu kutip sebanyak RM 3,000!!! Maknanya, gaji seorang pengemis di Malaysia ni lebih dari gaji minima!!!
Dalam erti kata lainnya, tak de rakyat Malaysia ni yang miskin. Semuanya ada pendapatan sendiri. Tinggal lagi, sama diorang rajin atau pun tidak je.
Makanya, pihak Kerajaan perlu mefikirkan satu mekanisme yang lebih efektif bagi menangani masalah tersebut. Kerajaan perlu bertindak lebih Pro Aktif bagi memastikan tidak wujud lagi golongan pengemis ni. Bukannya buat kerja yang tak masuk akal!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.