Khamis, Julai 10, 2014


Komplot untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memasuki fasa terbaharu apabila wujud usaha untuk meraih sokongan majoriti ahli Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) bagi mendapat undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Selangor itu.

Bagaimanapun, usaha itu kini berhadapan cabaran apabila ada dalam kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat yang dikatakan enggan bersubahat dalam gerakan itu.

Strategi yang dikenali sebagai 'Langkah 28' itu dikatakan dilancar bagi mendapatkan sekurang-kurangnya 28 daripada 31 ahli BBC yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, PKR memenangi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri, manakala PAS dan DAP masing-masing menguasai 15 kerusi menjadikan jumlah keseluruhan kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat sebanyak 44.

Daripada jumlah itu, 10 wakil rakyat dilantik sebagai exco, masing-masing seorang speaker dan timbalan speaker, selain Abdul Khalid sendiri sebagai Menteri Besar.

'Langkah 28' dikatakan kesinambungan daripada 'Langkah Kajang' yang dirancang PKR sebelum ini, bagaimanapun ia gagal menyingkirkan Abdul Khalid.

Menurut sumber dalaman parti itu, 'Langkah 28' yang dipercayai didalangi seteru politik Abdul Khalid menghadapi masalah untuk meyakinkan wakil rakyat PAS bagi memberi tekanan supaya Menteri Besar itu berundur.

Wakil rakyat PAS dikatakan memboikot mesyuarat khas BBC yang diadakan di bangunan Annex, SUK Selangor, Selasa lalu yang sepatutnya membincangkan mengenai undi tidak percaya terhadap Abdul Khalid.

"Difahamkan hanya dua wakil rakyat PAS yang hadir pada mesyuarat itu iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz dan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib.

"Agenda asal mesyuarat sememangnya untuk membincangkan mengenai undi tidak percaya, namun terpaksa diubah kerana tiada majoriti wakil rakyat PAS," kata sumber itu.

PS: Wah!!! Kira bernafsu sungguh puak - puak Pakatan Haramjadah tu nak singkirkan Si Khalid Ibrahim tu sampai siap susun strategi bagai.

Nampak sangat la yang diorang ni memang betul - betul GILA KUASA belaka sampai tahap sanggup bunuh sesama sendiri. 

Tapi atas pentas ceramah, diorang dok tuduh orang lain kejam. Kalau itu bukan RETORIK, maka bukan Pakatan Haramjadah la namanya!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping