Rabu, Julai 23, 2014


Hehehe!!! Rilek la bro. Jangan la sentap sangat. Kot ye pun Si Ketua Penipu tu ghairah sangat nak isteri dia jadi Menteri Besar, jangan la dia terkejut baca berita ni.

Ekoran pengumuman yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu kelmarin mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor, PAS Selangor mula keluarkan arahan kepada ahlinya.

Pesuruhjaya PAS Selangor semalam mengeluarkan arahan supaya ahli - ahli parti diperingkat bawahan supaya jangan menghiraukan isu berkaitan dengan MB Selangor tu.

Tindakan yang dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Selangor itu seolah - olah dapat memberi kita bayangan mengenai pendirian berkecuali mereka dalam kemelut kepimpinan PKR.
"Ahli-ahli PAS di Selangor hendaklah meneruskan khidmat mereka kepada rakyat dan tidak menghiraukan perkembangan terkini di Negeri Selangor.

"Mereka hendaklah memastikan agar mereka tidak hilang tumpuan sehingga kebajikan dan kepentingan rakyat menjadi terabai.

"Sesungguhnya rakyat mahukan perkhidmatan yang terbaik dan pembelaan yang sewajarnya di dalam apa saja suasana dan keadaan.


"Di saat-saat seperti ini ahli-ahli mestilah menzahirkan kepimpinan mereka dan tarbiyyah yang telah mereka lalui selama ini," demikian menurut Iskandar melalui kenyataan medianya malam tadi.
Dalam erti kata lainnya, PAS Selangor mengarahkan semua ahli - ahli parti tersebut agar membuatkan PKR meroyan sendirian macam 'Anjing Menyalak Bukit'.

Hanya itu sahaja yang boleh kita tafsirkan dari arahan yang telah dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Selangor tu biarpun ianya dilihat sebagai satu tindakan melampau.

Mana tidaknya. Tindakan PAS Selangor tu jelas merupakan satu tindakan menyekat Kebebasan Bersuara dikalangan ahli - ahlinya dalam isu yang ada kaitan dengan mereka. 

Ini bab kepimpinan Negeri beb. Maka sudah tentu ianya ada kaitan dengan kepentingan rakyat, termasuk la dikalangan ahli - ahli PAS sendiri. Takkan la diorang tak boleh nak bersuara lansung dalam isu tu!!! Agak - agak la wei!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Apa khidmat pas kepada rakyat? Kutip derma ada la.

    BalasPadam
  2. Tadah tin milo......

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping