PAS Selangor sebelum ini dengan tegas menolak dakwaan bahawa parti itu bersedia menukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Negeri itu.
Pesuruhjayanya, Iskandar Abdul Samad berkata demikian sebagai respon terhadap laporan The Malaysia Insider kononnya parti itu bersetuju untuk menolak Khalid selepas beberapa siri perbincangan rasmi dan tidka rasmi diadakan di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat.
"Laporan itu tidak tepat kerana kami tidak pernah dimaklumkan oleh pimpinan PAS Pusat bahawa mereka telah bersetuju untuk menukar Khalid. Ianya bukan seperti perbincangan terkini di antara PAS Selangor dan PAS Pusat.
"PAS Pusat sentiasa menghubungi kami di dalam isu MB sama ada untuk mendapatkan pandangan atau menyampaikan perkembangan terkini.
"Oleh itu jika ada keputusan baru mereka sudah tentu akan menghubungi kami dengan segera," ujarnya melalui aplikasi WhatsApp kepada Antarapos, hari ini.
Laporan itu bagaimanapun menyebut setakat ini tidak ada persetujuan dicapai antara PAS, DAP dan PKR sama ada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau timbalannya Azmin Ali yang akan menjadi menteri besar baharu.
Seorang pemimpin kanan PAS turut mendakwa parti itu memutuskan untuk tidak meletak calon dari partinya sendiri meskipun PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi dewan undangan negeri berbanding PKR yang hanya mendapat 14 kerusi.
"Kita pada dasarnya bersetuju dua perkara iaitu menukar Khalid dan penggantinya bukan PAS tetapi kita masih belum sepakat siapa pengganti itu," dakwa pemimpin tersebut.
Semalam, Anwar selaku Ketua Umum PKR mengumumkan bahawa Wan Azizah bakal menjadi pengganti kepada Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
PS: Heh! Itu kata diorang sebelum ini. Selepas Si Ketua Penipu tu buat pengumuman semalam, adakah diorang akan ubah pendirian?
Maklum la. Kita bukan tak kenal dengan puak - puak Parti Angguk Saja ni. Diorang ni dalam media je berani bersuara. Tapi bila dengan Si Ketua Penipu tu, pijak semut pun tak mati!!!
Hikayat seribu satu malam :...........
BalasPadamBAKAL PM = SUAMI / KetUm
BAKAL MB = ISTERI / Ikan masin
BAKAL DUN BARU ( tempat Khalid ) = ANAK / Madu tiga
USAHAWAN BERJAYA = DAPigs / Israel
Sekuriti & Hamba Abdi = Golongan Anjing suruhan @ Penjilat tegar
Dalam PR semua ini diperbolehkan sama seperti di Pulau Pinang ..... Melayu Selangor Menang Sorak Kampung tergadai ..... itupun ramai yang masih berlagak nak mammpuuuss.. ha ha ha ha
Kunun klu sokong PR trendy la....biar papa asal bgaya yop....
BalasPadam