Belanda diikat tanpa jaringan 0-0 oleh Costa Rica selepas tamat aksi separuh masa pertama perlawanan menarik suku akhir di Arena Fonte Nova, sebentar tadi.
Hadir selaku pasukan paling mengejutkan dalam kempen di Brazil, Costa Rica tidak banyak menguasai bola namun dibantu dengan kehebatan penjaga gol, Keylor Navas yang melakukan banyak aksi menyelamat menakjubkan.
Rentetan peluang yang diraih Belanda berjaya dihalang dimulakan pada minit ke-21 hasil gandingan Arjen Robben, Wesley Sneijder dan Daley Blind namun penyudah Robin van Persie gagal menerjah jaring.
Tujuh minit kemudian, Persie sekali lagi berpeluang menjaring gol namun Navas terus menjadi penghalang malah sepakan percuma Sneijder pada minit ke-38 juga berjaya dihalang.
Tiada cubaan benar-benar berbahaya dilakukan Costa Rica sepanjang babak pertama dan seterusnya mengheret Belanda ke pusingan penentuan penalti.
Gol penalti Belanda dijaringkan oleh Robin Van Persie, Arjen Robben, Wesley Sneijder dan Dirk Kuyt. Manakala gol Costa Rica disumbangkan oleh Celso Borges, Giancarlo Gonzalez dan Cristian Bolanos.
Penjaga gawang gol kelab Newcastle, Tim Krul yang menggantikan Jasper Cillessen pada minit ke-120 muncul wira Belanda apabila berjaya menafikan sepakan penalti dari Bryan Ruiz dan Michael Umana sekali gus melayakkan Belanda ke pusingan separuh akhir bertemu Argentina.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.