Jumaat, Ogos 01, 2014


Seorang pemimpin PAS Selangor hari ini melahirkan harapan kepimpinan parti itu akan menggunakan kebijaksaan bagi memastikan PAS  kekal dalam Pakatan.

ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib berkata setahu beliau, semua pimpinan PAS sebulat suara untuk kekal dalam Pakatan namun mengakui perbezaan pandangan pimpinan PKR dan PAS harus diatasi. 
"Pimpinan mengatakan kita akan terus bersama PR namun perbezaan pandangan itu patut diselesaikan pada tahap semua peringkat ikut kebijaksanaan semua peringkat dan berharap kebijaksanaan itu terus dikekalkan," katanya kepada Antarapos. 
"Tidak ada mana-mana pemimpin PAS mana-mana peringkat mengatakan PAS akan bersendirian, tak ada. Semua mengatakan kita akan bersama Pakatan Rakyat," tegasnya. 
Saari akur kepada hakikat parti itu tidak boleh menggenggam kuasa politik seperti sekarang jika ia keluar daripada Pakatan Rakyat. 

Kata dia lagi, sejarah membuktikan PAS memperolehi kejayaan terbesar apabila  bergading dengan parti pembangkang lain menerusi Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan. 

Beliau mengulas ramalan DAPigs Selangor bahawa PAS akan kalah teruk di Selangor jika parti itu keluar daripada Pakatan dan menghadapi pilihan raya negeri mengejut jika bertegas mahu Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar. 
"Kalau PAS tanding sendiri pun memang payah nak menang.  Kita sedar itu sebab itu kita dari awal-awal bersama-sama Barisan Alternatif. Kemudian bila DAP keluar pun kita kekalkan Barisan Alternatif ini pada pilihan raya 2008 dan bila menang rakyat nak PR bergabung," kata beliau.
"Pada pilihan raya  2013 PAS memang banyak kerusi apabila bersama-sama PR," kata Saari kepada Antarapos.
Beliau meredakan kebimbangan DAP bahawa parti itu cenderung untuk menarik keluar daripada Pakatan kerana mahu Khalid terus memimpin Selangor walaupun beliau ditolak oleh partinya sendiri, PKR dan DAP.

PS: Heh!!! Ada jugak pemimpin PAS ni yang takut hilang jawatan rupanya. Ingatkan semuanya berjuang demi menegakkan Islam. Tapi, ada jugak yang berjuang demi kepentingan sendiri!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Ini lah politik zaman sekarang dunia diutama akhirat jatuh no 2

    BalasPadam
  2. Sebenarnya apakah Nawaitu PAS dalam pakatan rakyat (PR).
    Adakah bertujuan untuk
    1. menjatuhkan UMNO sahaja atau
    2. membela/meningkatkan syariat Islam?
    3. Atau kedua2 di atas
    Sekiranya nawaitu PAS adalah melibatkan perkara (2) atau (3) di atas. Mana ada elemen Islam dalam Manifesto PR atau dalam buku Jinggay atau persetujuan Majlis Presiden PR atau sebagainya. Jadi macam mana nak laksana Islam kalau agenda Islamnya langsung tak nampak di mana-mana pun. Harap Retorik je mana boleh,

    BalasPadam
  3. Gila semut, duit takda macamna nak berjuang dap nak bagi duit sapujee laaa. Islam itu bukan kerja parti pas itu kasi umno kerja padan muka rajin sangat.

    BalasPadam
  4. Di hina, di caci, di keji, di halau tapi maseh juga nk bertempek dgn PR nama nk bergabung dgn parti seislam UMNO sampai kiamat depa tak akan mahu sebab sebenar PAS bukan nak kuasa apa yg diaprg nk cuma nak tubang kan UMNO kerajaan Malayoo Islam dan sekira nya ini terjdai baru la PAS merasa puas...tapi PAS lupa akan kuasa Allah, selagi UMNO perjuang kan Islam dan terus mengembang kan syiah Islam insyallah selagi itu la UMNO akan bertahan walau pun UMNO tak 100% sempurna....PR pun ada cacat cela nya atau mungkin cacat nya lebeh teruk dari UMNO sebab sekarang dh mula nampak perebutan kuasa tapi segelintir org malayoo maseh lagi menyanjung PR konon pakatan yg zuhud

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping