Jumaat, Ogos 01, 2014


Huh!!! Nampak gayanya, sokongan terhadap Si Khalid Ibrahim ni untuk terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor semakin kuat. Nak pulak bila PAS berdiri dibelakang dia.

Jika sebelum ini, Presiden PAS Pusat, Hadi Awang memberikan signal jelas bahawa parti itu tetap akan menyokong kepimpinan Khalid menerajui Rejim Pakatan di Selangor.

Hal itu bukan sahaja turut disokong oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, bahkan ianya turut didokong oleh Nik Aziz yang menyeru seluruh saf mentaati kenyataan Hadi Awang.

Kekuatan sokongan dan dokongan dari kepimpinan PAS itu ditambah pula dengan sokongan dari mereka yang selama ini berdiri teguh dibelakang Khalid.

Itu pun belum kita cerita sokongan yang diberikan oleh pihak Istana yang secara tak lansung juga memberi signal mahu Khalid meneruskan tugas yang telah diberikan.

Maka tak heran la jika Si Khalid tu masih boleh kekal 'Steady' menetapkan pendirian dia untuk terus kekal sebagai Menteri Besar sehingga habis penggal.

Namun, keyakinan Si Khalid tu dipandang serong oleh puak - puak PKR yang ternyata 'Merah Mata' melihat sokongan padu diberikan kepada Khalid.

Jadi, mula la diorang buat gerakan untuk terus memburukkan imej Si Khalid Ibrahim ni dan mendesak agar kepimpinan PKR Pusat mengenakan tindakan tegas terhadapnya.

Kononnya bagi mereka, tindakan Si Khalid Ibrahim tu sejak akhir - akhir ini jelas membelakangkan pendirian parti dan ketetapan yang telah dibuat sebelum ini.
"Kami minta pemimpin parti untuk mendengar suara akar umbi yang sudah jelak dengan permainan politik ala Umno yang dimainkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


"Kita sedia maklum, tindakan-tindakan beliau sejak akhir-akhir ini jelas membelakangkan pendirian dan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat dan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Oleh itu, kami gesa pihak pemimpin parti untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap beliau ," katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.
Realitinya, harapan diorang ialah untuk melihat kedudukan Si Khalid tu goyah apabila keahliannya dalam PKR dilucutkan. Hanya dengan cara itu sahaja dia boleh disingkirkan.

Ternyata taktik kotor yang direncanakan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah dari kalangan PKR ni memang tak mengenal sesiapa. Asal orang tu tak beri keuntungan Politik kepada mereka, dah tentu - tentu orang tu yang akan dipenggal!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping