Jumaat, Ogos 01, 2014


Serangan bertubi-tubi sekutu pakatan pembangkang terhadap PAS berhubung mesej WhatsApp kumpulan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat disifatkan sebagai modal untuk mengalih tumpuan rakyat terhadap isu Menteri Besar Selangor.

AJK PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor yang kesal dengan perkembangan itu berkata, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki kini menjadi 'kambing hitam' pihak berkepentingan.

Lebih mengecewakan apabila isu berkenaan turut hangat dimainkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi rakan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat.
"Hari ini beliau menjadi 'kambing hitam' media siber dan media perdana kerana 'pengkhianatan tangan' insan yang khianat.

"(Mohd Zuhdi) juga (menjadi mangsa) ketololan figura PKR untuk mengalih isu Menteri Besar selangor," katanya pada Khamis.
Beliau mengulas mengenai kenyataan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAPigs, Anthony Loke yang menggesa supaya PAS mengambil tindakan sewajarnya Mohd Zuhdi.

Malah Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua turut memberi kata dua kepada Mohd Zuhdi supaya memohon maaf atau meninggalkan Pakatan Rakyat.

Sejak Isnin lalu, nama Mohd Zuhdi hangat diperkatakan selepas mencetuskan kontroversi apabila mesejnya dalam kumpulan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berhubung cadangan supaya PAS keluar daripada PR bocor dan menjadi viral di Internet.

Cadangan itu dilihat mempunyai kaitan dengan pendirian yang dinyatakan Presiden PAS, Hadi Awang agar kedudukan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor tidak diganggu.

PS: Si Rafizi tu memang TOLOL pun sebenarnya. Kalau dia seorang yang bijak, dah tentu - tentu dia dapat selesaikan masalah PKR.

Tapi disebabkan dia TOLOL, maka dia buat perancangan untuk melaksanakan agenda "Langkah Kajang" sebelum ini dengan Rahim Ghouse.

Malangnya, agenda "Langkah Kajang" tu sampai hari ini pun tak selesai. Menambah-burukkan lagi keadaan ada la. Makin kecoh PKR dibuatnya!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping