Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM100,000 terhadap seorang bekas ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kerana didapati bersalah menyalahgunakan kuasa dan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen, empat tahun lalu.
Hakim M Bakri Abd Majid memerintahkan Hamdan Ismail, 51, yang juga ahli PKR menjalani hukuman setahun penjara lagi sekiranya tertuduh gagal membayar denda itu.
Bagi pertuduhan pertama, Hamdan dipenjara tiga tahun dan denda RM100,000 kerana menggunakan jawatannya untuk mendapatkan kelulusan bagi syarikat milik anaknya Yuwafee Heidi, iaitu Alam Muhibbah Enterprise, untuk melaksanakan kerja membina bonggol di Jalan LEP 6 dan Jalan PP1 serta baik pulih jalan di sekitar Taman Equine, Seri Kembangan, pada harga RM19,790.
Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh dipenjara setahun setelah didapati bersalah menggunakan dokumen Minit Mesyuarat Jawatankuasa Penduduk MPSJ Zon 19 bertarikh 3 Disember, 2009 yang palsu, sebagai tulen.
Beliau didakwa melakukan kesalahan pertama di pejabat MPSJ di Subang Jaya pada Februari 2010 (tiada tarikh) dan kesalahan kedua di Bahagian Khidmat Komuniti Kompleks 3C, MPSJ Subang Jaya pada 3 Disember, 2010.
Hakim memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak serta membenarkan permohonan peguam bela Ahmad Nizam Hamid agar pelaksanaan hukuman penjara ditangguhkan sementara satu notis rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi sebelum 2 September.
PS: Huh! Kemaruk betul ahli PKR ni. Nak rembat projek pun setakat 20ribu menda kejadahnya. Tunggu la Si Ketua Penipu tu jadi MB dulu.
Lepas tu, rembat la projek juta - juta! Baru berbaloi!!! Tapi, nak heran apa ye tak. Kalau dah kepala PKR tu pun sibuk nak rembat dana rakyat Selangor berbillion - billion, anak didik dapat 20ribu pun jadi la!!!
Tak amanah! Rakus makan duit haram, tak takut dosa perangai macam si Ah Beng tamak sungguh.
BalasPadamTak!!!!!!!! orang pkarrrgh tak rembat duit, tak corupsi, tak cronisme, tak berbu#&% dengan pelacur sebab tu orang pas tak kesah bersengkokol dengan mereka apatah lagi dengan dapig sedangkan natijahnya puak pr ni lah yang mengamalkan apa yang diperjuang. Pergi mampuslah pakatan haramjadah.
BalasPadam