Sejak beberapa hari yang lepas, nama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ni menjadi sebutan dikalangan penggiat media sama ada media arus perdana atau pun media sosial.
Malah, dikalangan pemimpin Pakatan Haramjadah tu sendiri pun sering membangkitkan nama Dr. Muhd Zuhdi Marzuki dalam komen serta ulasan yang diberikan.
Rata - rata pemimpin Pakatan, sama ada dari kalangan PKR dan DAPigs serta dalam PAS sendiri mengecam cadangan yang dibuat oleh Dr. Mohd Zuhdi.
Nama dia mula menjadi sebutan selepas tersebarnya 'prinscreen' mesej kiriman melalui aplikasi whatsapp didalam laman media sosial.
Mereka menganggap kenyataan yang dibuat oleh Dr. Zuhdi itu sebagai satu "Pengkhianatan" terhadap perjanjian yang telah dibuat dalam Pakatan.
Hanya dengan paparan dari secebis perbahasan yang dibuat oleh AJK PAS Pusat itu membuatkan pemimpin Pakatan mula meroyan tak tentu arah.
Semuanya pakat mengecam dan mengutuk cadangan yang diberikan oleh Dr. Mohd Zuhdi seolah - olah apa yang dia dah buat merupakan satu dosa besar kepada Pakatan.
Realitinya, Dr. Mohd Zuhdi hanya dijadikan Kambing Hitam kepada sesetengah pihak yang berkepentingan untuk menutup kemaluan diri mereka sendiri. (KLIK SINI)
Nak pulak dikalangan puak - puak PKR yang pada ketika ini masih lagi hangat dengan kemelut kepimpinan di Selangor. Masalah dalaman parti itu masih belum dapat diselesaikan.
Tapi hakikatnya, niat orang yang sebarkan perbahasan sulit diantara pemimpin - pemimpin PAS Pusat itu yang sepatutnya dipersoalkan. Apa sebab dia nak sebarkan maklumat tu?
Kenapa dia dedahkan perbahasan sulit diantara pemimpin - pemimpin PAS tu kepada pihak media? Dan persoalan paling utama, siapa yang bocorkan rahsia tu sebenarnya?
Itu soalan yang perlu dijawab dan perlu dijelaskan kepada rakyat. Motif dan niat sebenar tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu perlu didedahkan kepada umum.
Biar rakyat menilai betapa busuknya hati seorang pemimpin yang dah menjadi sebahagian dari Ahli Jawatakuasa PAS Pusat ni. Biar rakyat mmelihat siapa dia sebenarnya.
Maka, tak heran sekiranya selepas ini ada pihak yang mendesak agar individu yang tak bertanggungjawab itu diburu dan dikenakan tindakan yang sewajarnya. Jangan pulak ada pihak yang cuba nak sembunyikan Kebenaran!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.