Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat sekali lagi menegaskan pandangan kontroversi melibatkan pemimpinnya bukan pendirian apatah lagi mewakili parti berkenaan.
"Ia sebenarnya memberi senario yang sudah pasti senario itu bukan satu, senario itu banyak dan sepatutnya semua senario itu harus dibacalah. Barulah kita dapat gambaran yang lebih besar dan itu baru satu senario," katanya kepada Antarapos.
Malahan menurut beliau, perkara itu akan diselesaikan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan datang menambah komponen lain perlu berhenti mengkritik analisis pemimpin PAS itu.
"Bagi macam inilah, perkara itu boleh selesai bila kita buat mesyuarat dalam Pakatan Rakyat akan datang, tiada masalah," katanya lagi.
Suhaizan berkata demikian mengulas analisis Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki melalui sistem aplikasi WhatsApp yang tersebar kepada umum sehingga membawa kepada kontroversi antara parti itu dan Pakatan.
Tegas Suhaizan lagi, analisis Zuhdi itu perlu dilihat secara keseluruhan dengan mengambil kira semua senario dinyatakan.
Justeru beliau berkata adalah tidak wajar membuat keputusan tanpa merujuk perkara sebenar sehingga mencetuskan krisis lebih besar.
"Senario ini bukannya perkara yang betul atau keadaan yang sebenarnya, maknanya hanya imaginasi (malah) ada senario satu, senario dua dan senario tiga. Jadi maknanya kena baca keseluruhan senario itu baru dapat gambaran yang sebenar.
"Bukan begitu, ia begini macam kita buat analisis...bila buat analisis kena ada senario satu, senario dua serta senario tiga dan ia bukan kejadian sebenar," katanya.
PS: Heh! Baru sekarang dia nak berkokok mempertahankan AJK PAS Pusat tu dari diserang oleh pemimpin lain dalam Pakatan Haramjadah tu?
Kenapa masa Presiden PAS dikecam dan dikritik oleh pemimpin Pakatan, dia hanya mendiamkan diri dan tidak mempertahankan Hadi Awang?
Kan pelik tu. Maka diatas tindakan itulah yang membuatkan rakyat diperingkat akar umbi beranggapan bahawa Ketua Pemuda PAS Pusat ni takut kantoi!!! Mungkin sebab itu dia mula berkokok tak tentu arah!!!
Ni semua drama je...
BalasPadamKejap lagi, macam biasa, pemimpin PAS akan mintak maaf pada DAP dan PKR.
pAS pun akan menyokong pencalunan Wan Azizah.
Balasan Allah untuk orang hipokrit memang clear. Tiket masuk syurga PAS pasti tak laku.
Macam mana nak masuk syurga kalau macam ni lah gaya dan lakonannya. Canggong......
BalasPadam