Dewan Ulama Pas Pusat hari ini senada dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersedia jika parti itu ditakdirkan keluar dari Pakatan.
Ianya berikutan pendapat yang diluahkan sebelum ini berbeza mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor yang melibatkan Si Khalid Ibrahim.
Pemangku Ketua Dewan berkenaan, Ahmad Yakob berkata mengikut sejarah, parti itu sendiri pun pernah berjuang bersendirian selepas keluar daripada komponen Barisan Nasional (BN) dan juga pakatan pembangkang bersama Semangat 46.
"Seandainya kita (Pas) bersendirian kita terima. Ini sejarah-sejarah yang telah disebut oleh Tok Guru (Nik Abdul Aziz). Laluan Pas ini bukan mudah.
"Keputusan Majlis Syura Ulama Pas telah membuat ketetapan mengenai keputusan itu. Ia merujuk kepada lunas-lunas perlembagaan semasa membuat keputusan itu," katanya kepada pemberita.
Dua hari lalu, dalam kenyataan bersama Nik Aziz dan Haron Din, Majlis Syura Ulama Pas menegaskan Khalid tidak boleh digugurkan selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan dia disingkirkan.
Mengulas isu yang sama, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata Pas bagaimanapun mahu melihat isu itu diselesaikan dengan baik dan menafikan keadaan politik itu menyebabkan perpecahan dalaman gabungan pembangkang.
"Tidak seperti itu. Ini suatu yang memberi kematangan dalam berpolitik dan saya minta biarlah semuanya bertenang dan mencari jalan keluar terbaik. Kalau Dewan Undangan Negeri dibubarkan pun ia ada masalah juga," katanya.
Ketika ditanya sama ada perlu Abdul Khalid menyertai Pas berikutan beliau kini merupakan anggota Dun Bebas, Ahmad berkata ia sebenarnya terpulang kepada Abdul Khalid sendiri untuk membuat keputusan.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.