Isnin, Ogos 18, 2014


SATU SOALAN JE!!! Itu je soalan yang perlu dijelaskan oleh Si Ketua Penipu tu. Tak perlu dia nak pusing satu dunia untuk merasionalkan tindakan dia sendiri.

Tapi SATU SOALAN tu jugak la yang GAGAL dijawap dengan jujur dan ikhlas oleh Si Ketua Penipu tu. Disebabkan SATU SOALAN tu la yang buatkan Pakatan mula berantakan.

Itu menunjukkan yang Si Ketua Penipu tu jelas mempunyai agenda yang tersembunyi disebalik penyelesaian kemelut kepimpinan Pakatan di Selangor.

SATU SOALAN itu jugak la yang diajukan oleh mereka yang berada diluar dan dikalangan rakyat Selangor sendiri. Pun Si Ketua Penipu tu tak mampu nak jelaskan.

Soalan yang begitu punya mudah pun Si Ketua Penipu tu masih lagi nak berdolak dalih dengan memberikan pelbagai jenis alasan untuk memenuhi kepentingan diri sendiri.

Dari SATU SOALAN itu jugak la yang menimbulkan soalan - soalan lain yang berkaitan dengan kedudukan kerusi Menteri Besar Selangor pada ketika ini.

Soalannya, KENAPA PKR MESTI MENAMAKAN WAN AZIZAH DAN BUKAN AZMIN ALI SEBAGAI PENGGANTI KHALID IBRAHIM?

Itu je soalannya. Susah sangat ke Si Ketua Penipu tu nak jawab soalan yang diajukan? Takkan soalan begitu mudah pun boleh buat dia meroyan tak tentu arah?

Bak kata Si Raja "Tikus", Raja Petra dalam laman blog dia sebelum ini. Soalnya hari ini bukan lagi berkaitan dengan Si Khalid Ibrahim tu. Khalid Ibrahim tu dah jadi isu kedua.

Dia dah tak de kaitan pun dalam isu kemelut kepimpinan Pakatan Haramjadah tu di Selangor pada hari ini. Soalnya sekarang ialah mengenai pencalonan Si Wan Azizah tu.

Kenapa Si Ketua Penipu tu beria - ia bertegas nak jugak isteri dia sendiri memenuhi jawatan Menteri Besar Selangor tu sedangkan dia sedar orang lain semua menolak cadangan tu?

Kenapa dia bermati - matian nak juga mempertahankan cadangan yang dibuat sedangkan ramai lagi calon lain yang lebih layak dari Si Wan Azizah tu boleh dijadikan calon?

Nah!!! Sekarang PAS nilaikan la sendiri sejauh mana keJUJURan dan keTELUSan yang direncanakan oleh Si Ketua Penipu tu. Semuanya demi kepentingan Politik diri dia sendiri je. Bukannya dia buat semua tu untuk rakyat!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Satu pandangan menarik mengenai parti PAS di Selangor. Tiada seorang pun dikalangan 15 Adun PAS di Selangor yang dapat menyakinkan setiap pemimpin PAS pusat bahawa mereka memiliki kritieria sebagai MB di Selangor. Maka atas semangat setiakawan, pemimpin tertinggi PAS mencadangkan ketua yang bakal dilantik diberikan kepada parti lain untuk buat pilihan..

    Dengan ertikata lain, sampai bila pun YB PAS di Selangor akan menjadi seorang pembantu kepada ketua yang dilantik dari parti lain. Jika anda yang bercita-cita ingin menjadi seorang ketua kerajaan (MB) di Selangor pada masa akan datang, lupakan hasrat anda sebab parti PAS bukanlah sebuah parti yang akan membimbing anda menjadi seorang pemimpin tertinggi di Selangor..

    BalasPadam
  2. PAS nak tanya? Siapa dalam PAS yang akan tanya? Hadi Awang? Orang tua tu buka mulut je dah tahu hancing, langsung tak boleh percaya, 10 dia cakap, 1 sahaja boleh dipertimbangkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. LA. .... 10 DIA CAKAP 11 TAK BOLEH PERCAYA. MAKNANYA APA YG DI AKAN CAKAP AKAN DATANG JUGA AWAK AWAL LAGI JANGAN PERCAYA. TAKDE TELOQ

      Padam
  3. REFORMASI ANAK MUDA SELANGOR. BANGKIT TURUN PADANG.

    BalasPadam
  4. Tak bole, adik dia dengan desa pandan tak bole la male nak sebut mut, banyak rahsia tak boleh dipercayai

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping