Ahad, Ogos 24, 2014


Apa la yang orang dok sibuk - sibuk nak mencari 'Wow Factor' dalam UMNO ni? Buat apa nak menyusahkan diri memerah otak pikir benda yang tak berfaedah?

Sepatutnya UMNO perlu sedar, diorang dah tak berapa relevan lagi dalam Politik Malaysia pada ketika ini. Jadi, buat apa susah - susah nak cari 'Wow Factor' tu lagi?

Dalam pelbagai forum melalui beberapa aplikasi media sosial sekarang, sibuk orang membincangkan mengenai misi pencarian 'Wow Factor' ni.

Hakikatnya, UMNO hari ini takkan mampu nak tarik perhatian dikalangan rakyat Malaysia sebab diorang tak mampu nak menyaingi Pakatan Haramjadah tu.

UMNO kena terima hakikat tersebut dengan hati yang terbuka. Ada dikalangan rakyat di Malaysia ni dah tak boleh terima cara UMNO berpolitik.

Cuba kita tengok apa 'Wow Factor' yang ada pada Pakatan Haramjadah tu. Pemimpinnya sibuk menabur fitnah terhadap orang lain. Diorang sibuk berebut kuasa sesama sendiri.

'Wow Factor' yang ada pada Pakatan Haramjadah tu ialah apabila diorang sanggup memburuk - burukkan orang lain demi kepentingan Politik mereka.

Itu yang orang zaman sekarang mahukan. Itu yang orang zaman sekarang lebih suka. Itu pasal la diorang tak suka pada UMNO sebab UMNO tak buat semua kerja Haramjadah tu.

Orang zaman sekarang lebih cenderung memilih Ahli Parlimen yang suka menabur fitnah terhadap calon lawannya demi untuk menang dalam Pilihan Raya Umum.

Orang sekarang lebih berminat untuk memilih parti yang menghadapi penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan mengamalkan rasuah dalam pemilihan partinya.

Orang sekarang lebih suka pemimpinnya dihina dan diaibkan oleh sekutunya sendiri. Biar pun kena maki hamun dan dimalukan depan orang ramai, diorang tetap setia.

Bayangkan. Biarpun parti dimalukan dalam perhimpunan terbuka, parti tu masih lagi tetap nak bersekongkol dengan pihak yang menghina mereka.

Itu realiti orang zaman sekarang. Walau berapa banyak pun pendedahan yang dibuat terhadap puak - puak Pakatan Haramjadah tu, yang sokong mereka tetap bertambah walaupun tak berapa kuat. Itu 'Wow Factor' Pakatan Haramjadah tu!!!

PS: Kalau orang tak faham apa yang cuba disampaikan ni, maknanya dia belum menggunakan akal untuk membaca... Faham-faham sendiri la ye.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. wow faktor dalam umno ialah kembali kepada perjuangan asal. bukan lagi mencari kemewahan dan bermewah dengan pengikut keliling. ikhlas bekerja, berjuang. amanah dalam tugas yang diberikan, bersih dalam semua aspek terutama kewangan. jangan dok cari wow macam dalam hiburan tanah air. kembalikan perjuangan kepada asal iaitu cara lama, berjuang demi agama, bangsa dan negara. bukan wang, itu bukan wow faktor

    BalasPadam
  2. umno adalah parti yg palin releven mengankat martabat bangsa dan negara di bawah pimpinan YAB Najib Razak

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping