Ahad, Ogos 24, 2014


Dewan Muslimat PAS meminta kerusi Dun Pengkalan Kubor, Tumpat pada PRK nanti diserahkan kembali kepada PAS setelah diwakili PKR sejak dua penggal lalu.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, berdasarkan pengalaman sebelum ini mungkin sudah tiba masanya corak politik di Dun Pengkalan Kubor diberikan nafas baharu.

Menurut Siti Zailah, pihaknya yakin kebijaksanaan kepimpinan yang ada boleh mempertimbangkan  untuk memberi laluan kepada PAS biarpun calon mana-mana parti belum ditentukan lagi.
“Setelah beberapa penggal sebelum ini kita telah memberi laluan kepada PKR untuk bertanding tetapi tidak diberi kemenangan. Bermakna rakyat perlukan selera baharu.
“Pas perlu mengisi tempat itu (Dun Pengkalan Kubor) kerana paling penting adalah untuk mencapai kemenangan dan saya berharap perkara ini dipertimbangkan pihak atasan,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Terdahulu beliau menghadiri Muktamar Dewan Muslimat Pas Kelantan Ke-41 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Mengulas mengenai calon yang sesuai daripada Muslimat, beliau yang juga Ketua Muslimat Pas Kelantan menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya.
“Kita belum lagi menentukan siapa calonnya. Masih awal untuk ulas, tidak kira daripada Muslimat atau Muslimin saya yakin Pas mempunyai ramai individu yang berkelayakan,” katanya.
Kerusi Dun Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser Rabu lalu.

PS: Nampak gayanya, kemelut yang melanda PKR dan PAS ni akan bertambah rancak apabila kerusi Pengkalan Kubor pulak menjadi rebutan.

Sebelum ini, PKR menuduh kononnya PAS yang menjadi punca diorang kalah dikawasan DUN tersebut sebelum ini. 

Jadi, untuk apa lagi PAS nak tunjuk baik pada PKR ni? Selama mana diorang setakat nak jadi Pak Angguk Saja je dalam Pakatan!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping