Sabtu, Ogos 02, 2014


Ketua Penerangan PAS Kedah dicabar supaya mendedahkan butiran terperinci salah guna kuasa dan pecah amanah yang didakwa melibatkan bekas ADUN PKR semasa Kedah dikuasai oleh Rejim Pakatan.

Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah Khairul Anuar Ramli berkata tindakan tersebut penting kerana rakyat khususnya di Kedah perlu mengetahui salah laku berkenaan memandangkan ia melibatkan harta awam.
"Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah memandang serius dakwaan yang dikemukakan (Muhammad Sanusi) itu dan mendesak pihak berkuasa menyiasat perkara ini. Malah, lebih baik jika Sanusi sendiri mengemukakan butiran terperinci," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beberapa hari lalu, Muhammad Sanusi mendedahkan kemelut kerajaan Kedah sebelum ini yang diketuai PAS, yang didakwanya banyak disebabkan oleh Adun daripada PKR. 

Pendedahan yang dibuat Muhammad Sanusi, yang merupakan Bekas Setiausaha Politik kepada MB Kedah ketika itu, menyebut dakwaan berhubung perbelanjaan bagi menampung perbelanjaan seorang Adun PKR yang dilanda masalah kewangan.

Katanya selain itu, Sanusi turut menyebut tentang penyelewengan melibatkan seorang Exco Negeri yang membuat tuntutan perjalanan mencecah RM23,000 iaitu melebihi daripada elaun bulanan Exco iaitu RM17,000.
"Di samping itu, ia juga disebut bahawa bekas Menteri Besar (Azizan) secara diam-diam meluluskan kawasan balak kepada PKR melalui satu syarikat yang didaftarkan melalui proksi (disebabkan desakan Adun PKR)," katanya.
Sehubungan itu, Khairul Anuar berkata pihaknya telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di sini bagi mendesak pihak berkuasa melakukan siasatan.
"Saya juga berharap Sanusi benar-benar telus. Jika mahu membersihkan nama PAS Kedah, beliau harus tampil segera memberikan butiran terperinci," katanya.
PS: Heh! Ini yang orang kata, "Tak De Penyakit Cari Penyakit" ni. Dah tak pasal - pasal je dia didesak supaya mendedahkan perkara sebenar.

Sekarang kita tunggu apa respon dia pulak. Berani ke dia nak buat pendedahan secara terbuka terhadap PKR? Atau dia akan mendiamkan diri?

Rakyat sedang menilai sejauh mana ketelusan dan keberanian mereka dalam menegakkan Kebenaran. Dan pihak SPRM jangan buat - buat tak nampak pulak!!! Dah ada laporan, buat la siasatan!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Jika pemimpin umno sprm akan menyiasat sebelum ayam berkokok esok.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping