Jumaat, Ogos 29, 2014


Keputusan PKR dan DAP yang hanya meletakkan nama Wan Azizah sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baru menunjukkan kebimbangan parti itu terhadap kemungkinan Azizah tidak diterima sekiranya wujud nama lain.

Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berpendapat keputusan itu juga merupakan mesej yang cukup jelas kepada Sultan Selangor.
"Mereka memang betul-betul mahukan Azizah kerana memang ada keraguan jika ada nama lain kemungkinan Azizah tidak dipilih oleh baginda.
"Jadi, ini ketakutan yang bermain dalam kepala mereka. Kalau tidak, ini seharusnya tidak menjadi masalah.
"Kemungkinan bahawa calon lain dipilih itu juga adalah besar. Sebab apa, kalau baginda betul-betul memang bersetuju dengan Azizah, sudah tentu alternatif lain ini tidak akan berbangkit," katanya kepada Sinar Harian Online.
Mengulas lanjut soal tindakan PKR dan DAP yang tetap bertegas dengan keputusan tersebut meskipun telah dititahkan Sultan Selangor agar mengemukakan lebih daripada dua nama calon, Dr Jeniri berpendapat perkara itu selari dengan prinsip dan amalan demokrasi di Malaysia.
"Ini boleh dilihat sebagai satu mesej yang jelas kepada istana bahawa mereka tidak mahu calon lain. Mereka hanya mahu Azizah.
"Ini boleh dibaca sebagai satu tindakan yang betul-betul berdasarkan prinsip dan amalan demokrasi yang memperlihatkan ketegasan mereka yang mahukan Azizah.
"Kerana dari segi demokrasi, sesiapa yang mendapat sokongan majoriti dan majoriti itu bersetuju untuk mengemukakan nama berkenaan, jadi, nama itu perlu dipertimbangkan dengan serius oleh Sultan," katanya.
Namun, beliau menyifatkan PR tidak mempunyai pilihan selain akur dengan titah Sultan Selangor supaya dilihat beradab dan tidak ingkar.

"Dari segi budaya politik Malaysia, kelihatannya PR tidak mempunyai pilihan supaya dilihat sebagai beradab dan tidak ingkar dengan perintah baginda.

"Saya percaya mungkin mereka akur dengan perintah itu supaya dikemukakan lebih daripada dua nama. Tapi tidak salah sebenarnya dari segi perlembagaan untuk mengemukakan satu nama," katanya.
Categories: , ,

4 ulasan:

  1. Sultan ada kuasa mutlak perlantikan MB Selangor. Tak salah jika Sultan menolak nama yang dicalunkan olih PR. Hak Sultan parti PKR dan DAP kena hormati.

    BalasPadam
  2. SUDAH GARU CENDANA PULA SUDAH TAU BERTANYA PULA.

    KALAU BAGINDA SULTAN TIDAK MAU BERTEMU WAN AZIZAH,
    JAWAPAN NYA WAN AZIZAH DAH TAK LAKU KAT SELANGOR.

    MEMANG DASAR MUKA TAU TAU MALU.

    BalasPadam
  3. KALAU BAGINDA SULTAN TAK MAU BERTEMU WAN AZIZAH, JAWAPAN NYA WAN AZIZAH TAK LAKU DI- SELANGOR.

    MEMANG ANWAR DAN WAN AZIZAH NI DASAR ORANG YANG TAK TAU MALU.

    BalasPadam
  4. SEBENAR NYA PKR SEDANG MENCIPTA ALASAN UNTUK MEMBOLEHKAN pencacainya menderhaka
    sedangkan mereka yg taknak ikut titah (mendwehaka)

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping