Jumaat, Ogos 29, 2014

Heh! Jangan la semua orang pelik sangat dengan apa yang dinyatakan oleh Si Khalid Samad tu sebelum ini. Sebaliknya kita kena tau sebab apa dia meroyan.

Hakikatnya, Si Khalid Samad tu memang lebih suka jadi MACAI dan BALACI seumur hidup kepada PKR dan DAPigs dari nak jadi seorang pemimpin PAS.

Kalau ikut kata Pesuruhjaya PAS Perak ni, kenyataan yang dibuat oleh Si Khalid Samad terhadap mana - mana ahli PAS tu disifatkan sebagai tidak relevan.

Sebaliknya, dia menyatakan bahawa pendirian Si Khalid Samad tu hanya sekadar pandangan peribadi dan tak perlu diambik kira sangat pun. Bukan dia ada autoriti pun.
“Kedudukan bersama PR diputuskan dalam muktamar, persidangan agung Majlis Tertinggi dalam hierarki pembuat keputusan dalam Pas dan dipersetujui Majlis Syura Ulama.
“Kita bersama dalam PR atas konsep tahaluf siyasi (kerjasama politik) berteraskan kepada konsep bersetuju di atas perkara yang tidak dipersetujui,” katanya, semalam.
Dalam erti kata lainnya, PAS boleh dipaksa untuk bersetuju dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh Pakatan biarpun ianya bertentangan dengan Hukum Syarak.

Adakah itu maksud Tahaluf Siyasi yang dibangga - banggakan oleh puak - puak PAS selama hari ini? Tidakkah ianya bertentangan dengan dasar perjuangan parti itu sendiri?

Manakala dalam masa yang sama, Pesuruhjaya PAS Selangor pun berkongsi pandangan yang hampir serupa dengan Pesuruhjaya PAS Perak tu.

Dia juga menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh Si Khalid Samad tu sebagai tidak munasabah kerana melarang ahli diperingkat akar umbi untuk bersuara.
“Kita ada banyak ruang bagi ahli dan pemimpin tertinggi Pas untuk berbincang, termasuk mengenai perihal hala tuju parti.
“Justeru, tidak perlu tindakan drastik sehingga keluar parti atau meletakkan jawatan jika tidak bersetuju dengan tahaluf siyasi,” katanya.
Kesimpulannya, memang betul la Si Khalid Samad tu sebenarnya buat kenyataan tersebut dalam keadaan marah dan tak puas hati dengan keputusan yang dibuat oleh PAS.

Jadi, untuk apa lagi Si Khalid Samad tu nak terus kekal dalam PAS sekiranya dia rasa perjuangan PAS hari ini sudah tidak sesuai dengan dia? Baik dia keluar je dari parti tu dan masuk parti lain. Ada pun tak mendatangkan faedah, kalau tak de pun lagi bagus!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping