Sabtu, Ogos 23, 2014


Wah!!! Nampak gayanya puak - puak Parti Khianati Rakyat ni dan semakin meroyan tak tentu arah bila diorang sesuka hati je ambik tindakan terhadap ahli diperingkat bawahan.

Dengar - dengar cerita, dek kerana nafsu Politik yang tak tentu arah, PKR mengambil keputusan untuk memecat Ketua Anak Muda Kecoh bagi Cabang Kuantan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin PKR dalam satu kenyataan media rasminya sebelum ini. Alasannya kerana melanggar tatatertib parti.

Ada pihak menyatakan bahawa ianya merupakan satu tamparan hebat buat Si Fuziah Salleh tu selepas dia pun KALAH dalam pemilihan parti yang lepas.

Fuziah kali ini tidak tersenarai sebagai Naib Presiden PKR sekaligus membuktikan bahawa nama dia sekarang sudah semakin tenggelam dalam partinya sendiri.

Dengan pemecatan Ketua AMK Cabang Kuantan tu sendiri pun bakal menyusahkan kerja Si Fuziah Salleh tu di Kuantan terutama bagi mendapatkan sokongan orang muda.

Diantara alasan pemecatan tersebut dibuat ialah berkaitan dengan tindakan Si Ketua AMK Kuantan tu menyebarkan gambar dia tengah bakar bendera PKR.

Katanya, tindakan tersebut memberikan implikasi buruk kepada imej dan kredibiliti parti terhadap masyarakat umum serta ianya dianggap biadap.

Heh! Pelikkan? Setakat ambik gambar tengah bakar bendera pun PKR boleh pecat keahlian Ketua AMK Cabang Kuantan tu dengan alasan ianya mencalar kredibiliti parti.

Tapi, kenapa pulak orang yang bakar bendera dianggap mencalarkan kredibiliti parti sedangkan yang kantoi menabur fitnah terhadap orang lain diangkat dan dijulang tinggi?

Walhal, yang menabur fitnah tu lebih mendatangkan kemaluan kepada parti kerana sudah tentu masyarakat akan anggap parti tersebut penuh dengan pemimpin sedemikian.

Tapi, bila bercakap pasal PKR, perkara macam tu tak pelik beb. Sebab dalam PKR tu memang penuh dengan orang yang kuat menabur fitnah tak tentu arah. 

Jadi, tak heran la kalau diorang tak pecat orang yang macam tu sebaliknya diberi jawatan yang tinggi. Lagi hebat diorang menabur fitnah terhadap orang lain, maka lagi tinggi la kedudukan yang akan mereka capai!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping