Rabu, Ogos 27, 2014


Titah Sultan Selangor yang mahukan Pakatan mengemukakan lebih banyak nama calon menteri besar dilihat oleh penganalisis politik seolah-olah kerusi nombor satu di Selangor itu semakin jauh dari capaian Presiden PKR.

Sehubungan itu, Pakatan perlu membaca perkembangan itu sebagai suatu isyarat tersirat berhubung jawatan yang menghangatkan landskap Politik khususnya di Selangor itu.

Geostrategis UTM berkat,a daripada titah itu, PKR perlu meneliti semula pelan asal yang mahu menobatkan Wan Azizah sebagai ketua eksekutif di negeri yang terkaya di negara ini.

Sekiranya PKR enggan berganjak daripada pelan asal mereka, kemungkinan  parti itu perlu berhadapan dengan cabaran yang lebih getir iaitu pembubaran Dewan Undangan Negeri untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

Semalam, Sultan Selangor hari ini menitahkan agar PAS, PKR dan DAP masing-masing mengemukakan lebih dua nama calon Menteri Besar bagi menggantikan Khalid Ibrahim.
"Berdasarkan titah itu, kita mungkin melihat pelan B daripada Pakatan. Jika mereka bertegas dengan calon asal, Sultan mungkin menitahkan pilihan raya negeri dan adakah berbaloi untuk mereka mengambil risiko itu dalam keadaan rakyat jemu dengan krisis berpanjangan ini?," katanya kepada Bernama.
Azmi juga tidak menolak kemungkinan Menteri Besar Selangor yang baharu datang daripada PAS, memandangkan parti itu kini 'terpaksa' menamakan lebih dua calon.

Biarpin sebelum ini PAS mempunyai 'perjanjian gentleman' dalam Pakatan, supaya kerusi nombor satu negeri itu diberikan kepada PKR.

Ditanya sama ada pelantikan menteri besar daripada Pas akan 'meretakkan' hubungan PAS - PKR yang semakin rapuh ekoran krisis kerusi MB, Azmi menjelaskan bahawa PKR seharusnya bertindak matang dan terbuka dalam menerima titah Sultan.

"Pas tidak melanggar 'gentleman agreement' kerana ia adalah titah Sultan untuk setiap parti itu menamakan lebih dua calon dan tidak ada salahnya jika seorang MB dilantik daripada parti itu.

"PKR juga kena terima kerana mereka perlu ingat bahawa rancangan menyingkirkan Abdul Khalid bermula daripada Langkah Kajang yang kini bukan sahaja gagal, namun nampaknya telah memakan diri," katanya.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Tuanku Sultan dah buka jalan, PKR, DAP pulak dah bg laluan, jgn pulak membodohkan diri sendiri tak ambil peluang.

    BalasPadam
  2. walau siapa pun dilantik pasti orang itu jadi macam khalid ibrahim difitnah dihina sehingga mengaku kalah dan letak jawatan ssesiapa saja pas atau pkr...nenek kipas akan berjaya gak akhirnya...satu pesan buat nenek kipas jaga anak yang jan..... tu baik-baik jangan mengeletis sangat!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping