Rabu, Ogos 27, 2014


Apa lagi yang menjadi trending selain dari cerita pasal titah Tuanku Sultan Selangor dan kisah Si Khalid Samad tu diludah oleh seorang pemuda semalam kalau bukan cerita ni?

Kisah seorang Chef yang dipatuk kepala ular selepas dipotong turut menjadi perhatian dikalangan penggiat media sosial di Malaysia. Semua orang cerita pasal kejadian yang sama.

Ceritanya, chef tu mati terbunuh selepas dipatuk kepala ular tersebut sewaktu mahu menyediakan satu hidangan luar biasa dengan menggunakan ular berkenaan.

Jika diperhatikan kejadian yang menimpa chef tersebut seakan - akan sama dengan apa yang sedang berlaku terhadap PAS pada ketika ini.

PAS juga menjadi mangsa dan berkemungkinan besar dipatuk oleh Kepala Ular yang membelit mereka selama hari ini berikutan pendirian yang dibuat semalam.

Katanya, PAS menyambut baik titah Tuanku Sultan Selangor dan turut akan memberikan nama calon Menteri Besar bagi menggantikan Si Khalid Ibrahim tu.

Tindakan yang dilakukan oleh PAS itu jelas merupakan satu tindakan yang hendak membunuh "Ular" dengan membangkitkan kemarahan PKR dan DAPigs.


Tapi jangan silap beb. PAS mungkin tak hantar nama calonnya sendiri. Sebaliknya, diorang boleh hantar nama calon lain yang difikirkan layak. Sebagai contoh, nama Azmin.

Tinggal lagi persoalannya sekarang, apa pulak respon dikalangan puak - puak PKR dan DAPigs tu terhadap tindakan yang dilakukan oleh PAS ni?

Adakah mereka akan tetap menganggap PAS sebagai Pengkhianat kepada Pakatan hanya kerana menuruti kemahuan yang dititahkan oleh tuanku Sultan?

Apa yang pasti, kemelut kepimpinan yang melanda Selangor pada ketika ini masih tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Maka, PAS jangan salahkan orang lain sekiranya mereka jadi mangsa dipatuk kepala Ular sebab diorang sendiri yang cari penyakit!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. azmin pon tak layak jadi mb dia lelaki dayus dan segala macam keaiban dia akan terbongkar bukan dari parti pembangkang tapi dari parti dia sendiri... siapa yang mahu jadi mb selangor mesti sedar diri dia bersih dari segala pekara...maklumat mereka ada dalam pkr!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping