Jumaat, September 05, 2014

Ah! Pelik ni. Kenapa pulak ahli PAS diperingkat akar umbi tu nak parti tu dibersihkan? Dah kotor sangat ke PAS tu hari ini sampai tahap memerlukan pembersihan?

Memang heran jugak kita dibuatnya. Nak pulak bila dikalangan ahli - ahli PAS tu sendiri yang mengakui bahawa parti itu dilihat semakin kotor dan perlu dibersihkan.

Tambah menghairankan kita ialah apabila kenyataan tersebut dibuat oleh ahli - ahli PAS yang berasal dari Negeri Kelantan, kubu kuat parti tersebut di Malaysia.

Persoalannya, kekotoran apa yang dah melekat pada parti yang KONONnya "Bersih" memperjuangkan Islam tu sehingga perlu diambik tindakan sedemikian?

Dengar kata, mereka yang tampil membuat kenyataan tersebut ternyata tidak bersetuju dengan tindakan PAS yang mengambil langkah 'U-Turn' dalam isu di Selangor.

Diorang mendesak dan menuntut agar PAS tidak sewajarnya menarik balik sokongan mereka terhadap Khalid Ibrahim seperti yang telah dibuat sebelum ini.

Kumpulan yang terdiri daripada 20 ahli Pas dari Machang, Bachok, Tumpat dan Tanah Merah tu telah berkumpul secara aman di hadapan Pasar Wakaf Che Yeh semalam.

Mereka turut membawa beberapa sepanduk tertera kenyataan mempersoalkan pendirian berhubung kemelut di Selangor serta mendesak agar golongan Anwarinas disingkirkan.

Sebagai penyokong PAS, mereka terkilan apabila pucuk pimpinan parti memberi sokongan kepada Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibahim.

Keputusan itu katanya, jelas membelakangi pendirian Majlis Syura Ulama yang berpendapat Khalid Ibrahim tidak membuat sebarang kesalahan untuk mewajarkan dia disingkirkan.
"Sebenarnya, puak Anwarinas ini telah berjaya memusingkan keputusan Majlis Syura Ulama. Kami amat pantang dengan manusia yang bertopengkan Pas tapi berjiwa PKR (Parti Keadilan Rakyat).


"Kami desak golongan ini keluar sahaja daripada Pas kerana budaya tidak hormat dengan Majlis Syura tidak pernah berlaku sebelum puak-puak berjiwa PKR menyelinap masuk. Pas perlu dibersihkan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Kesimpulannya, semua ni bukan salah Anwarinas atau pun orang lain. Sebaliknya, semua tu salah diorang sendiri. Siapa suruh diorang nak berkawan dengan geng Kaki Bontot? Penyudahnya diorang jugak yang bau macam taik!!! Tu pasal la PAS perlu di'Bersih'kan!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Aku rindu dgn mr bean pokok sena..pi mana dia no?

    BalasPadam
  2. Memang kotort .....silalah bersihkan dan bertaubat dari segala kemungkaran dan ajaran menyeleweng yang dibawa oleh pas sejak zaman Fadzir Nor lagi. Alhamdulillah inilah kali pertama ahli pas bersuara untuk membersihkan PAS. Semoga Allah memberi petunjuk.

    BalasPadam
  3. ISLAM mundur kerana PAS,
    ISLAM dihina kerana PAS,
    ISLAM berpecah kerana PAS,
    ISLAM diperlekehkan kerana PAS,
    ISLAM hancur kerana PAS.
    PAS hancur kerana ANWAR IBRAHIM.
    Ini berlaku kepada Umat Islam MAlaysia.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping