Hahaha!!! Tak sangka. Biarpun selama ini PAS hanya dianggap oleh PKR sebagai Keldai Tunggangan mereka berjaya jugak buat Parti Kecohkan Rakyat tu pening kepala.
Tindakan yang dilakukan oleh PAS sejak kebelakangan ini memang cukup berani dan boleh kita ucapkan tahniah kerana mampu mempermainkan puak - puak PKR tu.
Bukan setakat rakyat je yang pening kepala dengan kenyataan yang dikeluarkan semalam. Malah dikalangan ahli PAS sendiri pun jadi pelik.
Jadi, tak heran la sampai PKR pun mula bengkak dengan apa yang dilakukan oleh PAS yang diibaratkan suka "Bermuka - Muka" dalam membuat keputusan.
Dalam satu kenyataan semalam, Si Ketua Anak Muda Kecoh baru tu mula mempersoalkan tindakan mengelirukan yang dibuat oleh PAS sebelum ini.
Dia yang mula hilang akal menuntut agar PAS memberikan penjelasan mengenai tindakan yang dilakukan dalam kadar segera supaya ianya tidak menjadi tanda tanya.
"Berdasarkan perkembangan terkini mengapakah wujud surat awal yang diakui oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali di mana tiga nama pimpinan Pas yang dicalonkan?.
"...serta mengapakah dalam kenyataan terkini dikatakan satu nama Pas dan dua nama PKR pula yang dihantar? Bukankah ini melanggar persefahaman bahawa calon Menteri Besar Selangor adalah Adun PKR.
" Dan mengapakah Mustafa Ali tidak mahu mengesahkan siapa nama calon-calon yang dihantar? Adakah nama-nama calon PKR yang dihantar di dalam surat kali ini berlainan dengan keputusan Pas pada 17 Ogos 2014?
"Untuk itu penting untuk rakyat Selangor mendapat penjelasan segera agar segala kekeliruan dan tanda tanya dapat dijawab," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Soalnya sekarang, kenapa pulak PAS kena jelaskan tindakan yang diorang buat kepada orang lain? Apa hak PKR nak buat tuntutan tersebut?
Bukan ke sebelum ini dikalangan pemimpin PKR sendiri sibuk menyalak bercerita pasal Kebebasan Hak Bersuara? Jadi, kenapa pulak PAS tak boleh menyuarakan pandangan?
Jelas, tindakan yang dilakukan oleh Ketua AMK yang baru ni merupakan satu tindakan diskriminasi terhadap PAS kerana menghalang Kebebasan mereka.
PAS punya pasal la sama ada diorang nak buat orang lain pening dengan tindakan diorang. Yang orang lain nak sibuk pasal apa? Soalan orang tanya pun diorang tak jawab, lagi PKR ada hati nak masuk campur hal parti orang lain ke? Boleh pergi mampus la!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.